Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 7 February 2017

PROTON GEELY ATAU GELI-GELI PROTON?


Siapa peduli pasal Geely yang memiliki Volvo?
Apa yang kita tahu, Volvo ialah kereta Sweden yang ada ciri keselamatan tinggi.
Lagi, siapa pula peduli pasal Tata Motors selaku pemilik Land Rover yang mengeluarkan model Range Rover serba seksi dan disukai ramai itu?
Apa yang kita tahu, Land Rover ialah syarikat automotif asal Britain yang pakar dalam pembuatan kenderaan pacuan empat roda atau 4×4.
Jaguar pun Tata Motors punyer …
SsangYong dari Korea (yang anda selalu banggakan tentang industri automotif negara itu) turut menjual 70 peratus saham kepada Mahindra & Mahindra dari India.
Ingat kereta terbang dalam filem ‘Back to the Future’? Itu kereta body aluminum keluaran DMC, Delorean Motor Company… itu saja model kereta syarikat DMC pernah keluarkan… DMC kini hanya tinggal nama.
Takkan kita nak Proton terus jadi kompeni pengeluar kereta tukar lencana saja? Atau pengeluar model Juara yang tidak ke mana..?
Lagipun Proton tu kompeni Syed Mokhtar Al-Bukhari yang punya, katanya lah. Mungkin pemilik sebenar masih tersembunyi… kut saja lah.
http://www.tv14.my/2017/02/05/proton-geely-atau-geli-geli-proton/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...