Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 23 February 2017

*SUAMI ISTERI SAMAN JAWI: Salah SOP Atau Agenda Terancang?*

Ada beberapa sebab saya terpanggil untuk mengulas isu sepasang suami isteri yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel bajet di ibu kota memfailkan saman ke atas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pertama, pasangan tersebut merupakan sahabat kepada sahabat karib saya. Panjang lebar sahabat karib saya membela pasangan suami isteri tersebut dan pelbagai hujah serta alasan diberikan untuk mewajarkan beban kesalahan diletakkan atas bahu pihak JAWI.
Kedua, tulisan Farouk A. Peru di portal Free Malaysia Today (FMT) yang sarat dengan prejudis, provokasi dan berbaur hasutan pada pembaca untuk memandang negatif terhadap penguatkuasaan undang-undang syariah dan pihak berkuasa agama.
Dalam kes pasangan suami isteri Mohd Ridhuan bin Giman dan Siti Sarah Maulad Abdullah, kita dimaklumkan bahawa pasangan terbabit sudah pun mengemukakan writ saman ke atas JAWI sebagaimana dilaporkan oleh portal berita.
Namun saya dimaklumkan pihak JAWI masih belum menerima writ saman tersebut, yang menuntut perisytiharan tangkapan itu adalah salah, tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan serta Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan perisytiharan ia menceroboh privasi serta salah guna kuasa, selain menuntut ganti rugi.
Berdasarkan sumber-sumber yang layak dipercayai juga, terdapat empat panggilan aduan yang diterima Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) di mana si pengadu layak untuk menjadi saksi pendakwaan sekiranya mahkamah memerlukan.
Malangnya, si pengadu yang hanya menghubungi JAWI melalui telefon enggan bekerjasama memberikan butiran dirinya, menimbulkan kemusykilan di kalangan anggota operasi.
Atas dasar tugas dan tanggungjawab, mereka menjalankan siasatan dan pemeriksaan di lokasi yang dilaporkan.
Kedua-dua pasangan tersebut juga perlu berkata benar bahawa Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) telah *menunggu lebih kurang setengah jam* sebelum memasuki bilik penginapan mereka dan ia sudah pasti menimbulkan keraguan kepada PPA tentang status orang yang disyaki (OYDS).
Mereka juga perlu berkata benar bahawa mereka gagal membuktikan status perkahwinan mereka sewaktu di bilik hotel *MELAINKAN* setelah dibawa untuk soal siasat lanjutan di pejabat.
Selaku orang luar yang tidak mempunyai kepentingan dalam polemik ini, ada beberapa perkara yang saya musykil.
Pertamanya, sepasang suami isteri yang tinggal dan menetap di ibu kota menginap di sebuah hotel bajet di ibu kota berkenaan seolah-olah mereka sedang mengecapi bulan madu dan akhirnya ditangkap berkhalwat kerana gagal membuktikan perkahwinan mereka sewaktu sesi siasatan dan pemeriksaan di bilik hotel.
Keduanya, setelah lebih sebulan tangkapan dibuat baru timbul keinginan pasangan terbabit untuk mengemukakan saman kepada pihak JAWI seolah-olah kejadian tersebut baru berlaku.
Menariknya, tarikh *'saman'* tersebut diumumkan dan sidang akhbar mengenainya adalah pada 17 Februari 2017, sehari sebelum Himpunan Solidariti Ummah Rang Undang-undang 355 (H355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Apakah ianya suatu *kebetulan atau perancangan halus dan licik* pihak-pihak tertentu?
Selain dari itu, amat sukar diterima akal yang waras seorang penjawat awam seperti penguatkuasa JAWI dianggap sebagai gila kuasa dan melanggar Perlembagaan Persekutuan semata-mata kerana mematuhi Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan 1997).
Tuntutan lain yang dikemukakan oleh pasangan terbabit iaitu menceroboh privasi mereka merupakan motif saman yang sebenarnya, yang boleh kita teroka bahawa ianya selari dengan agenda-agenda pihak-pihak tertentu yang bersifat sekular dan liberal.
Tidak perlu saya nyatakan golongan mana kerana rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenainya.
Akhirnya, saya berpesan pada diri sendiri dan pembaca sekalian;
*Jika Kita Tidak Mampu Menjadi Garam Yang Mengawet Ikan, Usahlah Kita Menjadi Langau Yang Memusnahkannya.*

Salam hormat dari saya,
*ZAMZURI MOHAMED TAHIR* 
25 Jamadilawwal 1438H / 22 Februari 2017 (Rabu 11.00p.m.)


https://www.facebook.com/intan.rahim1/posts/1290561920981663

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...