inilah perangai Madey tetap angkuh dan sombong tidak mahu mengalah...Adakah PAS mahu lagi bekerjasama dengan PPBM lagi.Sikap Madey tetap dengan pendiriannya...keras kepala.
PETALING JAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas cadangan yang dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah agar PKR dan PPBM keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan sertai Gagasan Sejahtera (GS).
Ujarnya cadangan sebegitulah yang akan meretakkan hubungan antara pembangkang dan membawa kepada kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Tidak bermakna itu syarat kalau dia (PAS) kata dia katalah, kita nak kata kita punya syarat pula.
"Itu mungkin pembangkang kalah, bila pembangkang berpecah, pembangkang kalah kalau PPBM kita menang," katanya yang ditemui selepas menghadiri sidang media penyertaan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP, pagi tadi.
Mohd Amar sebelum ini berkata kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan PPBM meninggalkan PH dan menyertai blok ketiga yang ditunjangi PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).
Kata Mohd Amar, jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 juga akan lebih terbuka.
Cadangan Mohd Amar itu turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun cadangan tersebut disifatkan Amanah sebagai punca pecahbelah dalam kalangan pembangkang yang kerap kali mencanang mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/02/inilah-perangai-angkuh-tun-m-bidas-pas.html
No comments:
Post a Comment