Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 11 March 2017

Dunia, Penjara bagi Orang Beriman?


Pernahkah anda mendengar kalimat bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang beriman? Apa yang ada di benak anda ketika mendengar pernyataan tersebut? Benarkah dunia ini penjara bagi orang beriman? Apa sebenarnya maksud dari pernyataan tersebut? Berikut penjelasannya.

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir," (HR. Muslim no. 2392).

Dikutip dari Rumaysho.com, Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim menerangkan, "Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari berbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika ia mati, barulah ia rehat dari hal itu. Kemudian ia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, mendapati peristirahatan yang jauh dari sifat kurang.

Adapun orang kafir, dunia yang ia peroleh sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi. "

Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan, "Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga. "

Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.

sumber islampos.com

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...