Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo boleh dianggap sebagai Ahli Parlimen dan peguam yang bodoh memandangkan beliau tidak mengikuti maklumat perkembangan melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau bertanyakan beberapa soalan yang sudah pun dijawab entah berapa kali banyaknya di pelbagai saluran. Namun wakil rakyat pembangkang tetap mahu 'recycle' perkara yang sama untuk kepentingan politik mereka yang sempit dan terdesak.
“Sebagai menteri kewangan kedua, Yang Berhormat keluarkan satu kenyataan yang dibuat pada hari ini, menyatakan anda mengetahui berkenaan isu ini. Adakah ini benar atau tidak?
“Pertama, adakah dia (Datuk Seri Najib Razak) menjadi suspek siasatan, kedua kenapa ia mengambil masa yang lama. Ketiga, apakah yang berlaku dengan siasatan itu. Ia soalan mudah takkan menteri tidak tahu,” kata Gobind.
Pada 1 September tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata semua peguam sepatutnya boleh sahkan bahawa Perdana Menteri bukan subjek atau suspek siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).
Menurut beliau, perkara itu jelas tetapi pembangkang bermain muslihat untuk mengelirukan rakyat.
“Mana-mana peguam dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil dengan mereka yang hanya dirujuk dalam siasatan, adalah seperti hitam dan putih.
“Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan barunya dalam pembangkang sengaja mencampur adukkan kedua-duanya untuk memperdaya rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai seorang peguam, Gobind sengaja menutup mata ke atas isu ini kerana ia bukan kebenaran yang Gobind mahukan. Kebenaran itu hanya akan mematikan niat buruk politiknya untuk rakyat membenci Najib.
Jika wakil rakyat DAP itu berintegriti, soalan sama perlu diberikan kepada Setiausaha Agung DAP iaitu partinya sendiri, Lim Guan Eng berkenaan pertuduhan kes rasuah yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Soalan perlu ditanyakan mengapa Guan Eng enggan berdepan mahkamah untuk perbicaraan yang sepatutnya bermula 27 Mac ini tetapi menggunakan taktik perundangan untuk menangguhkan perbicaraan untuk pihak pembelaan mencabar keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Guan Eng yang sepatutnya ditekan dengan pelbagai soalan oleh Gobind bukannya Najib. Gobind yang sepatutnya jadi TKM Penang bukannya Prof Ramasamy.
Seperkara lagi untuk Gobind, Jurucakap Peguam Negara Switzerland, Andre Marty telah memberitahu Nikkei Asian Review telah mendedahkan bahawa Najib tidak disiasat berhubung 1MDB.
Atas dasar politik, Gobind rela nampak bodoh asalkan rakyat membenci Najib dan BN. Gobind kena tengok balik pesanan lama ayahnya dalam Youtube.
Apa ayahnya sebut pasal Mahathir? Apakah DAP sekarang sudah berubah haluan bila adanya Mahathir. Perbetulkan parti DAP terlebih dahulu. Suspek perpecahan dalam DAP kena dicari terlebih dahulu sebelum Gobind menyibuk mengungkit hal yang sudah pun diselesaikan.
Tulisan :
Beruang Biru
BB337, Selasa
21 Mac 2017
https://www.facebook.com/intan.rahim1/posts/1317004088337446
No comments:
Post a Comment