Saya yakin dan percaya, laporan-laporan di bawah tentang harta dan kekayaan Tun Dr Mahathir adalah merupakan fitnah dan adu domba yang sengaja direka cipta oleh cytro Barisan Nasional (BN) untuk memburukkan Pengerusi Parti Cap Bunga Raya ini.
1. Tun Dr Mahathir dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 40 ekor kuda. Sumber baca di sini.
https://www.malaysiakini.com/news/339205
https://www.malaysiakini.com/news/339205
2. Tun Dr Mahathir dikatakan pemilik kedua terbesar The Palace of Golden Horses, perhotelan mewah bertaraf 5 bintang.
3. Anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mokhzani Mahathir, merupakan antara 10 orang terkaya di Malaysia. Alhamduillah, semuanya berkat tunjuk ajar Tun Dr Mahathir mendidik Datuk Mokhzani menabung dari kecil sehingga beliau berjaya di dalam perniagaan tanpa pertolongan dan campur tangan bapa beliau.
4. Tun Mahathir juga dikatakan pemilik syarikat jet peribadi sendiri.
5. Lebih memilukan apabila Tun Dr Mahathir dan keluarga difitnah memiliki 488 syarikat.
Ini semua fitnah akhir zaman. Mana mungkin anak seorang Pengetua Sekolah Menengah di Alor Setar dan menantu seorang Penghulu mampu memiliki kekayaan sehingga ke beberapa generasi? Oleh itu, kita hendaklah yakin dan percaya apabila Tun Dr Mahathir berkata bahawa beliau adalah Perdana Menteri yang paling miskin.
Sumber: Cucu Tok Selampit
https://khairulryezal.blogspot.com/2017/03/tun-dr-mahathir-kata-dia-perdana.html
https://khairulryezal.blogspot.com/2017/03/tun-dr-mahathir-kata-dia-perdana.html
https://www.wakeupmalaya.com/2017/03/ini-bukti-mahathir-perdana-menteri-paling-miskin/
No comments:
Post a Comment