Keluhan pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang gagal mendapat bantuan tersebut atas sebab memiliki lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dijawab Menteri Kewangan Ke-2 hari ini.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang ditemui pemberita di Parlimen berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM) memerlukan dokumen pengesahan pendapatan pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) berkenaan bagi membuktikan pemohon tersebut berpendapatan di bawah RM 4,000.
Menurut Johari sekiranya penyata pendapatan mereka tidak ada, mereka boleh membawa buku simpanan atau menyerahkan penyata kewangan mereka yang terkini sebagai bukti pendapatan mereka ujarnya.
Tambah Johari lagi, BR1M adalah bantuan kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM 4,000 dan ada laporan sebelum ini penerima BRIM ini bependapatan lebih dari itu jadi kita perlukan pengesahan pendapatan mereka
Saya difahamkan pihak LHDNM juga sudahpun membuat hebahan awal mengenai keperluan untuk melampirkan dokumen tersebut ujarnya.
Sekiranya pendapatan mereka di bawah RM 4000, kita pasti akan beri bantuan BR1M tersebut tambah beliau lagi.
Pemohon BR1M yang gagal mendapatkan bantuan tersebut tahun ini boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan LHDNM mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017.
No comments:
Post a Comment