Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 8 March 2017

Ketegangan Malaysia-Korea Utara sebabkan Korea Selatan CEPATKAN beli sistem THAAD dari AS


Sistem Thaad Mula Berada Di Korea Selatan
Ketegangan Malaysia dengan Korea Utara (Korut) disebabkan kes pembunuhan Kim Jong Nam telah sedikit sebanyak membawa kesan kepada jiran Korea Selatan (Kosel)
Kosel telah mempercepatkan proses pembelian Sistem THAAD dari US sebagai salah satu variasi sistem pemintasaan misil yang sedia ada pada Kosel. Pemasangan Sistem ini disebabkan keangkuhan si gemuk korut tu dok provok dengan siri ujian misil balistik sejak kes pembunuhan abg tiri si gemok tu
Sistem THAAD dalam erti nama penuh Terminal High Altitude Area Defense adalah sistem yang direka bentuk oleh Lockheed Martin pada 1987 dan mula diujinilai penuh pada 2005 dengan kejayaan pintasan ujian sebanyak 11 pintasan. THAAD mampu beroperasi dalam pelbagai kondisi dan boleh merangkumi edo dan exo atmosphere dalam julat pengoperasian THAAD.

THAAD pada masa yang sama di lihat sebagai satu usaha US Army membina sistem ampuh berdasarkan serangan scud misil oleh tentera iraq 1991.
Misil THAAD tidak dilengkapi dengan warhead dan konsep pemintasaan sistem ini berdasarkan impak dari tenaga kinetik. konsep ini digunapakai untuk meminimumkan risiko letupan dari misil ICBM yang dipintas.
Selain dari Kosel, THAAD sudah beroperasi penuh di Guan AB, UAE dan Turki.
Pemasangan THAAD di Kosel menimbulkan kemarahan kepada China dan Russia kerana mereka mendakwa bahawa pemasangan THAAD di Kosel untuk memantau pelancaran misil dari mereka bukan memintas misil dari korut
Pekara yang berlaku sejak akhir- akhir ini telah mempercepatkan lagi pemasangan THAAD di kosel.
Semalam US telah mula menghantar komponen THAAD di Osan AB dan Sistem akan beroperasi penuh pada akhir bulan Mac 2017

P/S - Asia tenggara hanya singapura dipercayai dalam proses pembelian Sistem Iron Dome dari Israel. 

IkanJerungHantu
Malaysia Military Power
http://celahgelegar.blogspot.my/2017/03/ketegangan-malaysia-korea-utara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...