Perkembangan terbaru di parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, sudah pasti menarik minat ramai pihak serta menimbulkan pelbagai persepsi tentang masa depan PKR di sana.
Ianya akan menyebabkan Wan Azizah dan kepimpinan PKR berasa amat gelisah, itu pun jika Wan Azizah masih mahu bertanding di Permatang Pauh.
Fakta keputusan pilihanraya-pilihanraya umum yang lepas dan pilihanraya kecil yang diadakan di parlimen Permatang Pauh dan 3 kerusi Dewan Undangan Negerinya jelas menunjukkan bahawa calon PKR amat bergantung kepada undi penyokong-penyokong dan ahli-ahli PAS setempat.
Pada 7 Mei 2015, Wan Azizah menang PRK Permatang Pauh tatkala parti PAS masih lagi bersekongkol dengan PKR dan parti cauvinis DAP. Tatkala itu, sudah ada bibit-bibit penceraian di antara PAS dan DAP di mana PAS telah dimalukan apabila Iszuree Ibrahim dipecat semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta dibeku semua peruntukan beliau oleh kerajaan DAP negeri.
Baca : http://novandri.blogspot.com/2014/09/hinanya-parti-pas-pemimpin-pas-dipecat.html
Manakala, 'tokong' DAP dan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya menyerlahkan kezaliman mereka dengan memecat semua ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri ini pada bulan November 2015, selepas PRK Permatang Pauh.
Baca : http://novandri.blogspot.com/2015/11/pas-malu-besar-dipecat-kerajaan-dap.html
Pokoknya, Wan Azizah bernasib baik kerana beliau masih lagi mendapat undi ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS terutamanya di kawasan DUN Permatang Pasir yang merupakan kubu PAS. Wan Azizah menang dengan majoriti undi sebanyak 8841 undi, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan PRU13.
3 DUN di parlimen Permatang Pauh ialah N10 Seberang Jaya, N11 Permatang Pasir dan N12 Penanti pula menyaksikan calon-calon Pembangkang turut disokong oleh pengundi-pengundi pro-PAS terutamanya di Permatang Pasir dan Penanti.
Jika kita perhatikan, calon-calon PKR di Seberang Jaya dan Penanti hanya menang majoriti sebanyak 2459 dan 2339 termasuk undi-undi pro-PAS ketika itu.
Tetapi segalanya itu bakal berubah pada PRU14 nanti!
MiM berkata demikian kerana merujuk kepada keputusan PAS Permatang Pauh yang telah meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR semasa mesyuatarat Agung Tahunan PAS Permatang Pauh pada19 Mac 2017. Keputusan itu berasaskan kepada 3 perkara di bawah :
1. PKR khasnya di P.Pinang tidak menghormati PAS sebagai rakan tahaluf apabila terus bekerjasama dengan DAP dan PAN dan menyerang PAS dan pimpinan PAS;
2. PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politik PKR tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan PAS. Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada PAS bahawa PKR meminta ahli PAS berkenaan keluar daripada PAS dan sertai PKR bagi tujuan memegang jawatan tertentu di dalam kerajaan. Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setiakawan dan boleh menjejaskan PAS;
3. PKR gagal membela dan mempertahankan Islam di P.Pinang apabila secara terang-terangan menurut kehendak DAP dengan mencampuri urusan pemfatwaan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri P.Pinang. Terdapat beberapa fatwa yang dilengahkan/ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui Exco Agama Kerajaan Negeri P.Pinang. Tindakan tidak bertanggungjawab Exco Agama ini menunjukkan kepentingan politik PKR lebih diutamakan mendahului kepentingan Islam. PAS tidak boleh bersetuju dengan keadaan ini.
Rasanya, MiM telah acap kali menulis tentang kesongsangan parti PKR yang hanya sekadar pesuruh parti DAP sahaja di Pulau Pinang ini tetapi baharu disedari oleh PAS. Tidak mengapa kerana masih tidak terlewat lagi. Ironinya, sehingga ke saat ini, PKR termasuk Wan Azizah masih gagal untuk menjawab segala dakwaan pihak PAS ini.
Dalam masa yang sama, terdapat usul supaya PAS bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan 3 kawasan DUN dalam parlimen tersebut. Usul tersebut telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh kesemua perwakilan yang hadir !
Maksudnya, Wan Azizah dan calon-calon PKR di DUN Seberang Jaya dan DUN Penanti bakal berdepan dengan PRU14 yang tidak akan menyebelahi mereka, jika keputusan sebulat suara PAS Permatang Pauh itu diterjemahkan kepada undi pro-PAS yang tidak mengundi lagi calon-calon PKR ini.
Wan Azizah mungkin akan kalah di kerusi parlimen Permatang Pauh, kubu kuat PKR sebelum ini disebabkan oleh keputusan PAS ini, ditambah pula dengan sikap ahli parlimen itu yang kurang aktif di kawasan sendiri.
Maka timbul satu soalan utama, siapakah yang bakal merebut kerusi parlimen Permatang Pauh, DUN Seberang Jaya, DUN Permatang Pasir dan DUN Penanti?
http://novandri.blogspot.com/2017/03/wan-azizah-akan-kalah-di-parlimen.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)
No comments:
Post a Comment