Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 28 March 2017

WANITA DENGAN ‘NAKED FACE’ LEBIH DIGEMARI LELAKI




Wahai lelaki, manakah yang lebih dipilih untuk dijadikan kekasih? Wanita yang selalu menggunakan make up di setiap pelbagai kesempatan waktu, atau wanita yang lebih memilih tampil natural?
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Quarterly Journal of Experimental Psychology mengkaki apa yang tidak disukai lelaki dari wanita. Walaupun ramai wanita memakai make up untuk membuatnya kelihatan lebih cantik di mata lelaki, hasil kajian menunjukkan, lelaki lebih menyukai gadis yang natural.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Bangor University dan Aberdeen University ini memberikan 44 wanita pelbagai jenis foundation, gincu, pemerah pipi, dan maskara, kemudian meminta mereka untuk mengenakannya seakan mahu ke pesta keramaian. Wajah mereka kemudian diambil gambar sebelum dan selepas make-up.
Foto-foto tersebut kemudikan dipaparkan kepada 44 mahasiswa Bangor University. Kira-kira 44 mahasiswa tersebut, disuruh untuk memilih gambar mana yang lebih menarik. Yang menarik, ramai wanita akan memilih foto dengan make up sedangkan lelaki memilih yang natural.
Kajian tersebut menyimpulkan bahawa wanita memakai kosmetik untuk menarik perhatian orang, namun malangnya lelaki lebih memilih wanita dengan wajah natural. – ac

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...