Pengerui PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mula membuka mulut mengenai tindakan 821 ahli termasuk bekas setiausaha kerja parti yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini, disifatkan sebagai ‘aneh’.
Mantan perdana menteri itu mendakwa individu terawal iaitu Kamarul Azman Habibur Rahman antara individu terawal yang ‘berjanji’ bersama dengan PPBM meninggalkan parti jelas tidak selari dengan matlamat awal perjuangannya itu.
“Dia nak keluar, keluarlah, tiada paksaan. Yang anehnya, orang inilah yang pertama marah pada perdana menteri dan tubuhkan parti,” kata bekas Presiden UMNO itu.
Rabu lepas, Kamarul Azman Habibur Rahman mengisytihar keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta selepas mendakwa perjuangan parti itu menyimpang daripada perjuangan asal.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang menubuhkan parti politik baharu, Dr Mahathir berkata tindakan berkenaan berkemungkinan untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Tegasnya, Pakatan Harapan berpegang pada polisi satu lawan satu menentang BN dan sekiranya wujud lebih banyak parti yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, parti itu jelas menyokong Najib dan BN.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Bual Bicara bersama Tun M anjuran PPBM Pulau Pinang di Tasek Gelugor pada Ahad malam.
Hadir sama, Pengerusi PPBM negeri itu, Marzuki Yahya; Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohd Shariff Omar, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/anehnya-pengasas-sendiri-keluar-ppbm.html
No comments:
Post a Comment