Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 6 April 2017

Politik : Apa Sahaja Yang Keluar Dari Mulut Kit Siang Adalah Mengarut

Kalau dalam bahasa Inggeris ia dikatakan 'bullshit', atau bermaksud mengarut. Itulah sifat segala pertuturan yang keluar dari mulut pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan bahawa beliau lebih menghormati orang Melayu berbanding UMNO.
Apabila mendengarnya pun kita sudah tahu beliau bohong dan tidak ikhlas. Jika benar beliau menghormati orang Melayu dari UMNO, mengapa beliau tidak memberikan kuasa yang lebih banyak kepada parti Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) yang lebih mewakili Melayu.
Mengapa DAP enggan membenarkan PKR yang diketuai oleh Wan Azizah Wan Ismail untuk mengetuai PH? Sebaliknya Wan Azizah hanya dilantik jadi Penasihat sahaja.
Kenapa PAS diterajang keluar dari pembangkang? Bukan sekali, tetapi sudah berkali kali DAP membuli PAS.
Pada awal-awal penubuhan Perikatan dulu, pemimpin Cina dan India menghormati bangsa Melayu sehingga memberikan ruang UMNO untuk mengetuai Perikatan dengan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
Apa yang berlaku dalam Perikatan dan BN tidak berlaku dalam PH. Puas Mahathir pesan suruh tiru BN, tapi kata pemutusnya Kit Siang. Mana Kit Siang mahu ikut cakap Mahathir. PPBM ada satu kerusi sahaja.
Kit Siang mana boleh dipercayai. Masa berjanji dengan PAS dulu sebelum ambil alih kerajaan di Penang dan Selangor, bukan main manis lagi mulutnya. Bila dah dapat kuasa di Penang, tengoklah bagaimana Kit Siang melawan PAS.
“Jelasnya, saya lebih menghormati bangsa Melayu berbanding menteri Umno sekarang dan pemimpinnya.
“Saya merayu kepada menteri Umno dan pemimpinnya, janganlah menghina bangsa sendiri dengan cara sedemikian rupa,” kata Kit Siang ketika sidang media di Parlimen, semalam.
Bila masa UMNO hina bangsa sendiri? Ini tuduhan mengarut Kit Siang.
Kit Siang kononnya menempelak akhbar berbangsa Melayu, Utusan Malaysia yang dituduh banyak menulis berita memburuk-burukkan Mahathir dan Wan Azizah.
Kit Siang lupa agaknya, Mahathir dan beberapa lagi pemimpin Melayu di dalam PH juga pernah menjadi mangsa tohmahan dan hinaan Kit Siang ketika mereka berada dalam Barisan Nasional (BN) dulu.
Mentang-mentang mereka sudah ada di dalam bahtera yang sama, barulah Kit Siang hendak mengatakan beliau sebenarnya menghormati Melayu.
Oleh sebab itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengatakan bahawa kata-kata Kit Siang hanyalah muslihat politik untuk cuba mendapatkan sokongan orang Melayu.
Kit Siang hanya berbuat baik dengan orang Melayu kerana kini ramai pemimpin Melayu yang dulu berpengaruh sudah mahu bersama-samanya untuk menewaskan BN.
Padahal dalam benak Kit Siang, pemimpin Melayu itu hanyalah perkakas politik sahaja untuk menang Pilihan Raya Umum 14 (PRU 14).
Selepas menang nanti, semua pemimpin Melayu ini akan dipinggirkan dan bermula pelaksanaan agenda DAP yang sebenar.
Bila sudah dapat kuasa, DAP akan "screw" habis habisan PPBM dan PKR. DAP kini sedang "screw" Mahathir dan Wan Azizah sebagai penasihat PH untuk meraih sebanyak mungkin undi orang Melayu.
PAN sudah lama kena "screw" sejak makan gaji dengan DAP. Apa yang Kit Siang perlu lakukan sekarang adalah menanam tebu di tepi bibir.
Untuk mengumpan sebanyak undi mungkin terhadap DAP. "Divide and rule" orang Melayu kepada beberapa parti kecil agar menjadi tidak kuat dan akhirnya tunduk dalam pakatan bersama DAP.
Arahkan PAN membenci UMNO sampailah kiamat. Arah PAN rangka janji janji manis baru dalam buku jingga. Bila dah dapat undi dan kuasa, menjelmalah wajah sebenar Kit Siang.
Usah percaya pada apa sahaja ayat yang keluar dari mulut Kit Siang. Mulut diktator politik 51 tahun bila berada dalam keadaan lemas. Apa saja dia cakap semuanya mengarut. Ada udang di sebaliknya.
Tulisan : 

Beruang Biru
BB367, Khamis
6 April 2017

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...