Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 13 April 2017

Mereka sudah besar kepala....LIM KIT SIANG TIDAK LAYAK JAGA TEPI KAIN AGAMA ISLAM



Buktinya sudah ada dan kita boleh melihat dengan sendirinya sikap biadap dan kurang ajar Pemimpin utama DAP iaitu Lim Kit Siang yang cuba menganggu pembentangan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai RUU355 baru-baru ini.

Lim Kit Siang sememangnya seorang yang biadap dan kurang ajar sehingga mahu campur tangan hal ehwal agama dan urusan Islam. Sikap anti Islamnya memang terserlah ketika itu ditambah pula dengan sekumpulan wakil rakyat DAP yang mempertahankan dan 'back up' ketua kesayangan mereka di Dewan Parlimen.

Apa yang kita ketahui, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menjelaskan bahawa pindaan usul RUU355 ini tidak ada langsung berkait dengan orang bukan Islam kerana ianya melibatkan pindaan kepada kuasa Mahkamah Syariah yang hanya mempunyai kuasa ke atas umat Islam sahaja.

Lim Kit Siang, seorang Bukan Islam memprotes usul pindaan RUU355 ini walhal RUU355 ini langsung tidak ada kena mengena dengan orang Bukan Islam. Campur tangan ini jelas membuktikan bahawa DAP sememangnya dan sebenarnya Anti - Islam. Mereka mahu mengeruhkan keadaan dengan mempertikaikan hal-hal berkaitan dengan agama Islam yang jelas bukan urusan mereka.

Tindakan tidak profesional yang dilakukan DAP ini juga sebenarnya adalah kerana mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan Umat Islam dan juga ingin memecah - belahkan orang Islam dalam negara ini. Mereka tahu jika orang Islam bersatu, usaha mereka untuk menguasai kerajaan dan merampas kuasa akan gagal sama sekali. Oleh itu, DAP akan sentiasa meneruskan matlamat dan agenda mereka untuk memecah belahkan orang Melayu dan Islam agar dapat menguasai negara ini.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/mereka-sudah-besar-kepalalim-kit-siang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...