Perkara 57 dalam Perlembagaan Malaysia telah mengiktiraf kepentingan jawatan Speaker atau Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Tetapi malangnya, jawatan yang termaktub di dalam Perlembagaan negara itu telah dihina dan diburuk-burukkan.
Manakala pemimpin Islam negara dianggap seperti binatang.
Inilah yang berlaku apabila akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau sangat kurang ajar dan amat biadap apabila menyiarkan kartun di mana Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia digambarkan sebagai seekor monyet bersongkok.
Lebih kurang ajar lagi, kita semua tahu bahawa songkok melambangkan orang Islam di negara ini.
Kebiadapan surat khabar bahasa Cina ini tidak boleh dimaafkan begitu sahaja dan pihak berkuasa tidak boleh tutup mata serta membiarkan akhbar itu terlepas tanpa hukuman yang setimpal walau pun akhbar itu telah meminta maaf.
Adalah mustahil pihak Nanyang Siang Pau tidak tahu impak negatif terhadap pembaca terutamanya kaum Cina yang mungkin akan memandang serong, mentertawakan dan menviralkan kartun melampau itu. Tindakan jahat media Cina akan menyebabkan lebih ramai lagi kaum Cina semakin keliru dengan pindaan RUU 335 yang hanya untuk orang Islam sahaja.
Tidak masuk akal untuk sesiapa pun mahu menerima maaf akhbar itu tanpa sebarang tindakan keras ke atas mereka kerana setiap berita mesti melalui proof reading dan tapisan. Begitu rasis dan melampaunya akhbar itu hingga tidak terasa bersalah walau sedikit pun sebelum menyiarkan kartun itu.
Persoalannya, apakah Nanyang Siang Pau turut menyediakan dan menyiarkan kartun sedemikian rupa apabila Hannah Yeoh DAP membenarkan perbahasan Hudud di mesyuarat Dewan Undangan Negeri? Atau tidak kerana Hannah Yeoh adalah seorang Cina dan ahli politik cauvinis DAP?
Apakah akhbar bahasa Cina ini rasis, double standard dan penyokong tegar cauvinis DAP?
Kerana itu, kita menganggap akhbar Nanyang Siang Pau memang sengaja mahu menghina lambang kepimpinan Dewan Rakyat yang mulia.
Akhbar itu juga mungkin beranggapan mereka akan dapat melepaskan diri kerana pihak berkuasa tidak akan berani atau tidak akan bertindak tegas.
Tambahan pula, hanya dengan satu dua perenggan 'meminta maaf', akhbar Nanyang Siang Pau tentu yakin segala kebiadapan mereka akan dapat 'dimaafkan' begitu sahaja dan episod ini tenggelam begitu sahaja sama seperti episod-episod lain apabila pemimpin-pemimpin cauvinis DAP menghina kaum Melayu dan memperlekeh-lekehkan agama Islam.
Akhbar Nanyang Siang Pau tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana sekarang sudah sudah wujud persepsi bahawa 'tidak mengapa menghina dan menimbulkan marah orang Melayu dan agama Islam. Cukup dengan minta maaf, semuanya selesai dengan mudah'.
Permit akhbar Nanyang Siang Pau perlu digantung dengan segera. Manakala, kesemua pihak yang bertanggungjawab dalam akhbar Nan Yan Siang Pau mesti meletakkan jawatan kerana sengaja menyiarkan karikatur yang menghina lambang kepimpinan Dewan Rakyat yang mulia.
Bukan Speaker Dewan Rakyat sahaja yang juga merupakan ahli parlimen Barisan Nasional (BN), Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga turut dilabelkan sebagai seekor monyet oleh akhbar itu. Malah, monyet yang berserban itu jelas menunjukkan betapa bencinya akhbar bahasa cina ini kepada pemimpin Islam.Tidak ada perasaan bersalah pun apabila Nanyan Siang Piau menghina orang Islam yang berserban.
Dan dalam isu ini, bukan BN dan PAS yang mesti bangkit menyatakan pendirian. Kesemua parti politik dan rakyat mesti meminta agar akhbar Nanyang Siang Pau ini dikenakan tindakan tegas.
No comments:
Post a Comment