Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 20 April 2017

PPBM PERAK DIAMBANG PEMBUBARAN



Taufan politik kini melanda Perak sekali lagi apabila angin bertiup kuat mengatakan PPBM Negeri Perak bakal dibubarkan . Khabar berita mengenai perancangan untuk membubarkan PPBM Negeri Perak dibuat gara-gara hilang kepercayaan ahli kepada pimpinan tertinggi berikut masalah dalaman parti berkenaan , ditambah lagi dengan faktor pemilihan yang berat sebelah dan pilih bulu.

Hubungan antara ketua penaja dan calon import juga di katakan sebagai faktor pembubaran tersebut. Antara lain masalah pembahagian dana juga dikatakan sebagai masalah yang serius dimana wang yang disalurkan hanya diterima dan disimpan pihak-pihak tertentu untuk kegunaan sendiri.

Pimpinan atasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti Datuk Hamidah Osman antara yang kecewa dengan keputusan perlantikan Pimpinan Negeri di Perak. Malahan kekecewaan ini diterjemahkan di Rembau, Negeri Sembilan oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM)yang menolak sekeras-kerasnya perlantikan pucuk pimpinan PPBM Negeri Sembilan kerana parti itu mengamalkan kronisme. Tidak mustahil untuk kita lihat, PPBM Perak mengambil keputusan drastik untuk membubarkan Cawangan mereka kerana tindakan berat sebelah pucuk pimpinan atasan yang tidak mendengar pandangan orang bawahan.

Apa yang dilihat dan dialami kini diluahkan sendiri oleh orang-orang PPBM sendiri. Mereka sendiri melihat dengan mata kasar mereka yang parti PPBM ini mengamalkan kronisme dalam pelantikan pucuk pimpinan negeri mahupun cawangan. PPBM kini tidak saling tumpah seperti apa yang berlaku pada PKR juga dan diambang kehancuran. Insiden boikot dan membenci sudah pasti meresapi parti ini.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/ppbm-perak-diambang-pembubaran.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...