Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 11 April 2017

RBA DAP BERKUBUR AKIBAT KERJASAMA BERSAMA PPBM



Baru-baru ini viral apabila sekumpulan anak muda cina yang selama ini menjadi tulang belakang kepada DAP yang sinonim dengan gelaran Red Bean Army (RBA) memboikot untuk terus membantu DAP dan Pakatan Harapan terutama menjelang PRU14

Lebih mengejutkan apabila mereka ini berkumpul memegang bendera DAP sambal menujukkan isyarat lucah dan sebagainya terhadap bekas majikan lama mereka. Ia jelas menunjukkan keretakan sistem cybertroopers yang DAP agung-agungkan selama ini. Menurut sumber terdekat, anak muda cina ini berasa tertipu dan diperbodohkan dengan agenda permainan politik DAP dan Pakatan Harapan serta berhubung kait bayaran yang tidak dijelaskan kepada mereka.

Perkara ini sangat jelas apabila DAP dan blok pembangkang menjalinkan kerjasama bersama Tun Mahathir dan PPBM serta menerima mereka ke dalam konsensus pembangkang. Ia sesuatu perkara yang sangat tidak boleh diterima oleh mereka. Masyarakat cina mana tidak kenal Tun Mahathir dan sekutunya. Masyarakat cina mana yang sanggup menerima Tun Mahathir dan sekutunya atas perbuatan mereka selama ini. RBA yang bertanggungjawab dalam propaganda pembangkang untuk menyebarkan ideologi reformasi, konsep Malaysian Malaysia dan propaganda MAHAFIRAUN yang jelas ditujukan kepada Tun Mahathir. Menerima Tun Mahathir bermaksud propaganda reformasi dan perjuangan keadilan sebagai sia-sia kerana Tun Mahathir yang mereka perangi, kini berada di dalam kem mereka. Apa lagi yang nak diperjuangkan lagi? Ibarat menjilat kembali ludah yang sudah dihembus.

Selain itu, RBA juga melihat DAP sudah tidak relevan dalam menjadikan DAP sebagai parti yang boleh memanipulasi orang cina dan hasrat mereka untuk melihat hak bumiputera dihapuskan dalam konsep Malaysian Malaysia kelak juga tidak akan tercapai. Mereka berasa kemasukan pemimpin Melayu seperti Datuk Zaid Ibrahim merupakan liabiliti kepada parti dan menyebabkan sokongan orang cina kepada DAP semakin menurun kerana DAP lebih terhegeh-hegehkan sokongan Melayu yang akhirnya sokongan orang cina kepada DAP tergadai. Pengistiharaan keluar parti oleh pemimpin dan wakil rakyat DAP Melaka memperlihatkan keretakan sokongan orang cina kepada DAP. 3 parti majoriti Melayu seperti PKR, PAN dan PPBM akhirnya akan menjadikan DAP sebagai keldai tunggangan kepada mereka untuk mendapatkan sokongan masyarakat cina. Mereka juga tidak yakin pengaruh Tun Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan yang tidak mampu untuk memenangi PRU 14. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim seorang pemimpin de facto pembangkang yang mengetuai pembangkang pada PRU13 juga tidak boleh memenagi PRU13, inikan pula orang seperti Tun Mahathir, Mat Sabu dan sebagainya.

RBA juga melihat isu moral pemimpin DAP sebagai sesuatu yang menghakis kepercayaan mereka kepada DAP. Bermula isu rasuah pemimpin DAP sehingga penyelewengan dana cybertroopers yang telah diseleweng oleh pihak tertentu sehingga mereka hilang punca pendapatan. Ia akibat keghairahan pemimpin DAP mempergunakan mereka sebelum berkuasa dan apabila setiap pemimpin mencapai kepentingan peribadi masing-masing, RBA ini mereka layan seperti anjing kurap yang tidak bertuan. Sehingga bahang PRU14 muncul, baru DAP perlukan mereka. Maka saat itu, salam jari tengah sahaja yang RBA kirimkan kepada DAP.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/rba-dap-berkubur-akibat-kerjasama.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...