Reaksi Lim Kit Siang sebagai ketua Pakatan Harapan ketika menentang pembentangan RUU 355 di Parlimen, Khamis lalu.
KALAU umat Islam negara ini teliti memerhati gerak badan Lim Kit Siang berserta latar belakang gambarnya dalam ruangan ini, kita pasti berasa sedih.
Cukup sedih kerana Ahli Parlimen Shah Alam dari PAN, Khalid Samad di belakang Kit Siang kelihatan tersenyum dan sedikit melebar tawanya.
Reaksi spontan itu ketara apabila Khalid memandang Penasihat DAP itu yang beraut muka amat marah menuding jari telunjuknya menentang keras pembentangan RUU 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, Khamis lalu.
Mengapa seorang ahli Parlimen beragama Islam dan pernah berada dalam Pas turut sama mengikut jejak Kit Siang membantah RUU 355 atau Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 itu?
Mana perginya juga taring Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin PAN yang lain dalam menyokong undang-undang yang tujuannya amat murni itu? Iaitu meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu.
Kebiadapan Kit Siang jelas mendedahkan sikap DAP terhadap undang-undang Islam. Kalau hendak dikatakan gelisah kerana takut RUU 355 ini tempiasnya terkena kepada orang bukan Islam, boleh diterima juga alasannya. Sedangkan itu tidak sama sekali akan berlaku.
Ia hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ahli-ahli parlimen DAP ini tidak akan masuk pun mahkamah syariah. Kenapa takut sangat? Apakah mungkin berjuang untuk puak puak LGBT, homoseksual, pluralisme dan rakan-rakan Siti Kassim di luar sana?
Tindak tanduk Kit Siang dan beberapa orang kanannya yang sanggup mencuri masa dan mengumpan ahli Parlimen pembangkang lain yang bukan Islam untuk sama-sama membantah pembentangan RUU 355 itu barangkali boleh diterima kerana memang itulah sejak azalinya.
Tetapi bab pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, PAN dan PPBM ikut jejak Kit Siang inilah yang kita umat Islam kesalkan. Macam tunggul kayu apabila menghadapi puak penentang undang-undang Islam.
Memerhati sekali lagi gambar memaparkan gelagat Kit Siang dan latar belakang beberapa wakil Melayu pembangkang, kita umat Islam jadi marah dan geram.
Dan akhirnya jauh di sudut hati… amat menyedihkan.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/sedih-lihat-gelagat-ahli-parlimen-pak.html
No comments:
Post a Comment