Hanya semata-mata mahukan kuasa dan kemenangan politik menjatuhkan Barisan Nasional (BN), dia sanggup berikrar melepaskan bekas timbalannya yang kini merengkok di dalam penjara atas satu kesalahan jenayah.
Dia memberi alasan kononnya dia ‘tidak berdendam’ terhadap bekas timbalannya itu. Lalu dia menyebut nama Tengku Razaliegh Hamzah yang dikatakan musuh politiknya dalam UMNO, namun tetap diberi jawatan sebagai menteri.
Pertamanya, berkenaan Ku Li, memang benar beliau dilantik sebagai menteri walaupun berseteru di dalam UMNO dulu. Namun kita pun tahu dan nampak apa yang berlaku pada Ku Li yang akhirnya dia ‘sejuk beku’kan di Gua Musang, bukan?
Kita pun sedar dan tidak lupa tentang apa yang dia kata terhadap Ku Li dulu. Ketika krisis perlembagaan dulu, UMNO diharamkan. Dia tubuh UMNO baru, tapi kenapa dia sekat Ku Li yang memohon menyertai UMNO semula? Kerana ‘tidak berdendam’? ‘Budak kanyaq’ bolehlah dia auta…
Keduanya, dia mahu bebaskan Anwar sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Itu jika menang. Jika kalah bagaimana? Jika benar mahu dilepaskan nanti, apakah ia merupakan satu tindakan yang bersandarkan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang?
Bekas timbalannya itu dihukum penjara atas kesalahan jenayah, bukan salah laku politik. Hanya pengampunan DiRaja saja yang dapat lepaskan dia dari hukuman jenayah yang dia lakukan. Statusnya sama dengan penjayah-penjenayah lain yang kini dipenjara atas kesalahan masing-masing.
Sekiranya dia melepaskan bekas tumbalannya itu, kenapa tidak dia lepaskan saja semua penjenayah-penjenayah lain yang sedang menjalani hukuman penjara? Mereka juga ada anak isteri, keluarga dan mahu dibebaskan dari hukuman, bukan? Tidak adillah jika bebaskan bekas timbalannya seorang sahaja, bukan?
Apakah wajar Anwar mahu dilepaskan hanya kerana ‘rakyat mahukan dia’? Adakah majoriti rakyat mahu dia dibebaskan, atau cuma minoritinya sahaja? Hanya kerana alasan ‘rakyat mahu dia’, maka bekas timbalannya itu ‘kebal’ dari sebarang tindakan undang-undang?
Benarkah Anwar tidak bersalah dan perlu dilepaskan? Selama 7 tahun dia dibicarakan, diberikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan, telah ditangguh beratus kali bicaranya dengan pelbagai alasan, tiba-tiba saja mahu dibebaskan selepas didapati bersalah?
Pada pandangan penulis, ekoran tempoh hukuman Anwar pun hampir tamat tidak lama lagi, biarlah dia jalani hukuman penjaranya hingga selesai. Undang-undang tetap undang-undang dan hukuman dari institusi kehakiman perlu dihormati.
Lagipun, Anwar bukannya dilayan seperti banduan dan penjenayah lain. Khabarnya, dia cukup ‘istimewa’ di sana. Jika tidak percaya, cubalah tanya wadar-wadar penjara di Sungai Buloh dan bandingkan dengan banduan lain.
Jika tidak berdendam dengan Anwar, kenapa selepas dia tidak bebaskan saja Anwar selepas didapati bersalah ketika insiden 1997-1998 dulu? Kenapa perlu ‘angkut’ Anwar dengan pasukan khas ‘bertopeng’ lengkap bersenjata, mengepung rumah dan diheret bagai militan pengganas dulu?
Kenapa selepas setahun didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara, dia tidak pula bebaskan Anwar? Ketika itu ‘tidak ada’ rakyat yang mahukan Anwar? Apakah yang menjerit ‘reformasi’, berdemonstrasi di jalan raya dan memanggilnya sebagai ‘maha-Firaun’ dan ‘maha-zalim’ itu bukan rakyat yang mahukan Anwar?
Jika benar pun dia tidak berdendam, mungkin juga Anwar, seluruh keluarganya dan penyokong-penyokongnya tetap berdendam dengannya hingga hari ini. Tapi takkanlah mereka hendak beritahu mereka hingga kini masih berdendam pada bekas Perdana Menteri itu, bukan?
Jadi pada hemat penulis, apa yang dikatakan pengerusi ‘cap bunga’ itu hanyalah merupakan cakap kosong yang tidak logik dek akal untuk dipercayai. Malah untuk dianggap sebagai ‘gula-gula politik’ pun rasanya tidak layak. Puak ‘reformasin’ percaya pada janji pilihan raya warga emas itu? Biar betul…
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/04/terdesak-sangat-gilakan-kuasa-hingga.html
No comments:
Post a Comment