BONGKAR DAP Siri 1 - KOMUNISME YANG TIDAK PERNAH MATI
Generasi muda hari ini kenal DAP sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya bercita-cita menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Ironinya, tak ramai yang benar-benar tahu sejarah parti ini. Siapa yang menubuhkannya dan bagaimana ia tertubuh? Adakah DAP benar-benar demokratik seperti yang dilaung-laungkan? Adakah DAP benar-benar memperjuangkan kesaksamaan dan kesamarataan?
DAP, walau apa pun rupa parasnya hari ini, juga lahir dengan cita-cita yang besar yang tidak pernah pudar iaitu MENGUASAI MALAYSIA SEPENUHNYA.
Parti ini bercambah dari benih-benih komunisme yang disemai oleh kepala pengganas komunis di Tanah Melayu suatu ketika dahulu iaitu Chin Peng melalui partinya, Parti Komunis Malaya (PKM).
Meskipun Chin Peng sudah mati dan PKM sudah luput, tetapi rantaian ideologi dan aspirasi perjuangan beliau kekal subur dan diteruskan oleh DAP melalui Lim Kit Siang yang juga sepupu kandungnya sendiri dan suku-sakatnya, tanpa pernah terputus.
Anda fikir mereka main-main? Fikir semula. Komunisme DAP hari ini tidak perlu bergantung kepada senjata api tetapi cukup sahaja dengan melaga-lagakan orang Melayu, menyerang institusi Islam dan mengamalkan rasisme atau perkauman seperti slogan "Hanya DAP Yang Kuat Boleh Melakukannya".
👇
*BONGKAR DAP Siri 2 - BAGAIMANA DAP DITUBUHKAN?*
Laman web rasmi DAP Malaysia dalam satu post bertajuk Sejarah Kita mencatatkan seperti berikut :
Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang “berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”
(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)
D.E Leaks pernah beberapa kali sebelum ini highlight tentang matlamat DAP. Dalam kes ADUN Batang Kali, YB Datuk Mat Nadzari lwn DUN Selangor, ia juga berpunca daripada persoalan tentang matlamat penubuhan DAP yang cuba melaksanakan dasar demokrasi berparlimen di Malaysia.
Datuk Mat Nadzari diheret di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor selepas beliau meminta penjelasan akan hal ini daripada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tetapi dibantah keras oleh para pemimpin DAP yang lain.
Apa yang membuatkan mereka marah sangat sehingga mahu Datuk Mat Nadzari dikenakan tindakan? Kenapa mereka takut? Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu?
Jelas sekali DAP tidak mahu orang ramai khususnya generasi muda membangkitkan persoalan tentang matlamat penubuhan DAP yang dicedok dan diadun daripada nafsu perjuangan komunis (Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng) dan Parti Tindakan Rakyat (People Action Party) yang berkuasa di Singapura.
Pengiystiharan Setapak yang yang dibuat pada 29 Julai 1967 dan menjadi roh perjuangan DAP secara jelas menggariskan niat parti ini untuk mengubah lanskap politik Malaysia daripada sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan kepada sistem baharu yang kononnya berpegang kepada prinsip-prinsip keadilan kaum, kesaksamaan sosial dan ekonomi dan BERFAHAMAN SOSIALIS!
👇
*BONGKAR DAP Siri 3 – APA MAKSUD LIMA EKOR BABI?*
Pada awalnya ramai yang menyangka apabila DAP sering memanggang lima ekor babi dalam majlis-majlis keramaian mereka ia bermaksud lima negeri yang telah berjaya ditawan pasca PRU-12 (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan).
Secara simbolik, mungkin benar tanggapan tersebut.
Walau bagaimanapun, lima ekor babi ini sebenarnya mempunyai maksud yang lebih besar dan jelas. Hanya pemimpin dan ahli DAP yang sejati sahaja akan faham erti tersirat pada angka lima yang sering digunakan (babi itu hanyalah sandaran sahaja) ini yang sebenarnya adalah simbolik bintang lima bucu komunis.
Setiap bucu bintang ini menegaskan prinsip-prinsip perjuangan komunis yang berbeza iaitu ketenteraan, intelegensia, petani, buruh dan generasi muda. Prinsip-prinsip ini hari ini telah dijadikan asas pembentukan hala tuju dan sikap DAP yang diolah berdasarkan nilai-nilai semasa masyarakat di Malaysia.
Misalnya, prinsip ketenteraan telah diolah kepada prinsip yang lebih lembut yang bermaksud kekuatan sokongan dan strategi gempur yang ampuh dan konsisten serta bermotifkan pemecahbelahan struktur dan dominasi politik orang Melayu manakala intelegensia atau perisikan pula diaplikasikan sebagai teknik untuk melemahkan apa-apa sahaja institusi yang selama ini menampan kekuatan orang Melayu terutamanya kerajaan pusat pimpinan UMNO.
DAP juga bijak memanipulasi golongan bawahan (bucu petani dan buruh) melalui serangan bersifat persepsi negatif terhadap kerajaan, sama seperti kaedah perang propaganda yang pernah digunakan oleh Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng ketika era komunis dahulu. Generasi muda pula dijadikan sasaran utama atas kepercayaan bahawa golongan ini terpelajar, berpemikiran terbuka atau liberal dan senang diracuni dengan agenda kebebasan.
Justeru tidak hairanlah jika DAP hari ini dilihat sebagai parti pembangkang paling berkuasa dan dominan berbanding parti-parti lain. Ia bukan sahaja tua dari segi usia dan mempunyai sejarah panjang dalam arena politik negara tetapi turut dibina dengan teliti dan cermat, penuh strategi serta dibarisi para pemimpin yang konsisten dalam memperjuangkan agenda TAWAN MALAYSIA.
BONGKAR DAP Siri 4 – KENAPA DAP SERTAI PERTUBUHAN SOSIALIS ANTARABANGSA?
Dicatatkan bahawa pada Oktober 1967 DAP telah menyertai Socialist International, sebuah pertubuhan antarabangsa yang disertai parti-parti politik yang mempromosikan fahaman sosialisme dan komunisme di seluruh dunia.
Dicatatkan juga bahawa, bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pernah dipilih dan dilantik sebagai Naib Presiden pertubuhan ini.
Rujuk http://www.socialistinternational.org/viewArticle.cfm?ArticlePageID=931 .
Apakah signifikan penyertaan DAP dalam pertubuhan ini dan apakah implikasinya terhadap Malaysia?
Dalam Perisytiharan Setapak yang dibuat pada 29 Julai 1967 dalam Kongres Kebangsaan DAP yang pertama di Setapak, Kuala Lumpur, adalah jelas dinyatakan hasrat parti tersebut untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang berpegang dan melaksanakan fahaman sosialis sepenuhnya.
Lihat petikan perisyitaharan tersebut seperti di bawah :
“Kita berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”
Penyertaan DAP dalam Socialist International ini dibuat hanya beberapa bulan selepas Perisytaharan Setapak, sekaligus membuktikan bahawa parti komunis ini sememangnya serius dengan agenda yang dibawa.
Hal ini juga bermaksud DAP akan menyahasingkan pelbagai perkara yang selama ini menjadi dasar pemerintahan negara seperti kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra.
Hanya DAP yang kuat boleh melakukan semua ini. Percayalah. Dan hari ini, mereka sedang membina kekuatan tersebut.
BONGKAR DAP Siri 5 – OVERSEAS CHINESE?
Pernah dengar ungkapan “oversea Chinese as the mother of the revolution”?
Lim Guan Eng ketika menyampaikan ucapannya di majlis DAP Melaka State Annual Convention pada Disember 2005 di Melaka telah menegaskan hal ini. Menurut Guan Eng, orang Cina yang berada di luar Tanah Besar China ialah pencetus sebenar revolusi yang mengubah lanskap sosiopolitik negara tersebut daripada pemerintahan monarki kepada sistem republik seperti yang boleh dilihat pada hari ini.
Revolusi ini dimulakan oleh Dr. Sun Yat Sen, seorang revolusiner yang lari daripada buruan kerajaan monarki China ke Pulau Pinang. Beliau telah menggagaskan tiga prinsip revolusi yang terkenal iaitu nasionalisme, demokrasi dan kesakmanaan. Idea ini hari ini diusung pula oleh DAP dengan beberapa olahan supaya boleh diterima oleh rakyat Malaysia.
Sebagai contoh, konsep nasionalisme yang dibawa oleh Dr. Sun Yat Sen menuntut ketaatan tidak berbelah bagi daripada orang China yang berada di luar negara terhadap tanah besar itu manakala nasionalisme versi DAP pula bersifat menyatukan orang Cina dan memaksa mereka taat kepada DAP seperti yang pernah digariskan dalam manifesto parti tersebut dalam PRU-12 yang lalu yang menyebut, “Hanya Cina yang kuat boleh melakukan semua ini.”
DAP juga mengangkat idea demokrasi dan kesaksamaan. Idea-idea ini sering disekalikan bagi memancing perhatian dan sokongan golongan pertengahan di Malaysia. Kesaksamaan versi DAP juga adalah saduran langsung daripada nilai sosialisme yang memperjuangkan hak sama rata dalam kalangan rakyat dan untuk merealisasikannya, DAP mengumpan rakyat Malaysia dengan idea-idea demokrasi dan kebebasan.
Kesemua idea, nilai dan konsep perjuangan ini jelas sekali amat bertentangan dengan prinsip penubuhan Malaysia yang berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang antara lainnya, memelihara hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputra. Lebih penting, Perlembagaan Persekutuan menetapkan acuan pemerintahan negara yang sepadan dengan struktur kemajmukan masyarakat kita sejak merdeka lagi bersandarkan kepada sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan. DAP sebaliknya, cuba memecahkan acuan ini.
No comments:
Post a Comment