Seingat admin buku tulisan Hannah Yeoh ini sudah dua tahun berada dalam pasaran, jika masuk kedai buku MPH dan Popular semestinya buku “Becoming Hannah’ ini ada antara buku yang laku kiranya didalam dua buah kedai buku ini. Walaubagaimanapun, admin langsung tidak tertarik untuk memilikinya apatah lagi hendak membeleknya.
Jika difahamkan tajuknya adalah ‘Bagaimana Hannah Yeoh menjadi dirinya sekarang’, namun itu hanyalah sekadar kulit atau ‘teaser’ sahaja. Rupa-rupanya Hannah Yeoh mendedahkan segala perancangannya seandainya mereka menang PRU 14 kelak.
Siapakah Hannah Yeoh ini sebenarnya selain bergelar ADUN Subang dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor? Mungkin masih ramai yang belum lupa sebelum ini Hannah Yeoh mencetuskan kontroversi tentang status bangsa di kad pengenalan.
Memandangkan Negara Malaysia ini hidup berbilang kaum tindakan tersebut sengaja untuk mencuit orang Melayu yang mengikut sejarahya tuan tanah kepada tanah Melayu. Sudah tentu usaha ini sebenarnya untuk mencetuskan pergeseran kaum di negara ini.
Menurut hasil bedah buku [Rujukan sumber HARAKAH] yang dilakukan oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan usaha gerakan halus yang dijalankan oleh Kristian Evangelis dalam mengembangkan dakyah mereka kepada orang Islam. Ini adalah merupakan satu pendedahan yang admin rasakan tidak boleh diambil ringan memandangkan mereka kini telah mendapat sokongan daripada orang politik seperti Hannah Yeoh.
Dalam bukunya Hannah memberi gambaran tentang “keberuntungan menjadi penganut Kristian dan mempunyai tuhan yang kasih dan adil”. Selain itu, Hannah menceritakan tentang bantuan yang datang tanpa disangka saat memerlukannya, lebih-lebih lagi saat menjelang pilihan raya.
Pada pandangan admin tindakan Hannah sebenarnya mahu mendedahkan kepada umum bahawa agama Kristian mempunyai banyak nilai-nilai murni dalam membantunya sebagai ahli politik mentadbir. Namun, tidak salah pun untuk menceritakan agamanya disebalik kejayaan tetapi untuk bacaan umum umat Islam sendiri perlu berhati-hati dikhuatiri aqidah akan terpesong.
Dahulu ada pemimpin-pemimpin DAP cuba menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam ceramah mereka..ketika itu PAS berteriak kegirangan mendakwa mereka berjaya mentarbiahkan orang kafir dalam DAP. Kini mereka berikrar bahawa musuh utama mereka ialah DAP dan sekutu...kami berharap buku "Becoming Hannah" ini disemak dan diteliti kandungannnya bagi menjaga sensitiviti umat Islam malah lebih baik ditarik semula dari pasaran sebab tidak membawa faedah kepada rakyat Malaysia.
http://daengselili.blogspot.my/2017/05/buku-becoming-hannah-antara-agenda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/vMNZX+(%D8%AF%D9%85%D9%8A+%D9%85%D9%84%D8%A7%D9%8A%D9%88+%D9%84%D9%88%DA%A4%D8%A7+%D9%87%D8%A7%D8%B1%D9%8A+%D8%A7%D9%8A%D9%86%D8%8C+%D8%A7%D9%8A%D8%B3%D9%88%D9%82+%D8%A8%D9%84%D9%88%D9%85+%D8%AA%D9%86%D8%AA%D9%88)
No comments:
Post a Comment