Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Hannah Yeoh diminta memperjelaskan pendiriannya berhubung agenda penubuhan “Negara Kristian DAP” seperti didakwa penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Hj Yusoff dalam sebuah portal berita baru-baru ini.
Kenyataan Hannah dalam bukunya ‘Becoming Hannah’ turut menimbulkan polemik apabila Adun Subang itu mendakwa bahawa tugasnya untuk menyebarkan ajaran Kristian masih dilakukan menggunakan jawatan politik sedia ada.
“…Saya juga merasakan bahawa politik membawa jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya,” tulis Hannah dalam bukunya itu.
Tulisan Hannah dalam buku tersebut seolah-olah menggambarkan pendirian Speaker Dun Selangor itu untuk menggunakan kedudukan politiknya sebagai batu loncatan bagi menyebarkan lagi agama Kristian di negara ini.
Malah berdasarkan buku tersebut, Hannah didakwa mengajak ahli Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang ke negara ini dan membina Malaysia mengikut acuan kitab Bible.
“Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk berkhidmat… Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang.
“Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, berkerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya.
“Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini.
“Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan,” tulisannya dalam halaman 110 buku tersebut.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/hannah-yeoh-diminta-perjelas-agenda.html
No comments:
Post a Comment