Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 6 May 2017

Sejarah : Kisah Masyarakat - KECOH DI AUSTIN HEIGHT, JOHOR BAHRU APABILA PEMANDU CINA MASUK LALUAN YANG DITUTUP DAN BUNYIKAN HON PANJANG KETIKA SOLAT JUMAAT DILANGSUNGKAN!!!


Walaupun orang Melayu dan Bumiputera telah wujud di negara ini ketika negara ini masih lagi dalam bentuk sebuah 'negara besar' Kepulauan Melayu, bahkan merekalah yang paling banyak berjuang menentang penjajahan dari zaman Raja Chola, Raja Suran, Sukhotai, Ayutthia, Burma, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai penghalang untuk kaum imigran bermastautin dan sama-sama berkongsi rezeki di bumi bertuah ini. 

Malahan sewaktu berakhirnya Malayan Union, rasa simpati orang Melayu terhadap nasib kaum imigran yang tidak bernegara, akhirnya memberikan tempat dan ruang di negara ini. Tidak cukup dengan itu, Melayu dan Bumiputera turut membenarkan kaum imigran yang asalnya mahu ikut berpindah ke United Kingdom dan terus berada di bawah kuasa British, hak-hak yang lebih besar termasuklah hak berpolitik dan memiliki aset termasuklah tanah walaupun di beberapa negara lain, termasuklah di Indonesia, mereka tidak memiliki kebebasan mutlak sebegitu rupa.

Apa-apa sahaja yang dikehendaki oleh kaum imigran termasuklah keengganan mereka bersama-sama dalam sistem pendidikan negara dengan menubuhkan sekolah-sekolah aliran mereka sendiri, dituruti dan dibenarkan. 


Selama beberapa tahun sehinggalah pada tahun 1964, tidak sampai 10 tahun kemerdekaan dan setahun selepas Malaysia ditubuhkan, masalah yang membabitkan perkauman mula terpapar. Dasar Malaysian Malaysia yang mahu menyamaratakan hak semua bangsa dan penghapusan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan orang Melayu dan Islam, termasuklah Bahasa Melayu mula dijadikan sebagai hujah dan kempen oleh pemimpin-pemimpin mereka. 

5 tahun kemudian, tercetuslah tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang kemudian, DAP dan Lim Kit Siang menyalahkan orang Melayu dan UMNO kerana kononnya telah mengatur tragedi tersebut selepas UMNO dan Perikatan kehilangan banyak kerusi Parlimen pada PRU-3. Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan yang sama jugalah yang telah membenarkan dan memberikan status kewarganegaraan bahkan mengatur hak-hak berpolitik kepada golongan yang membuat tuduhan.

Namun, walau apa pun yang berlaku dalam lipatan sejarah, negara ini sebenarnya terbina hasil daripada permuafakatan pelbagai bangsa dan agama biarpun pada masa yang sama ditunjangi oleh orang Melayu-Islam dan Bumiputera. Hakikat tersebut telah diterima secara meluas sehinggakan sebahagian besar kaum imigran terutama sekali yang dilahirkan di negara ini, sudah tidak memikirkan lagi yang mereka orang asing dan kiblat mereka adalah tanah leluhur.


Hari ini, di Taman Austin Height, Johor Bahru, nilai-nilai toleransi yang cuba disemai oleh pemimpin-pemimpin negara ini, terbukti semakin terhakis dan semakin terancam. 

Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki Cina telah memasuki jalan yang telah ditutup sepanjang tempoh solat Jumaat di hadapan sebuah masjid, dilihat sengaja mencetuskan provokasi sekaligus mencipta hujah yang boleh digunakan oleh musuh-musuh negara untuk membangkitkan semangat kebencian antara kaum di negara ini. 


Klip video tersebut telah dimuatnaik dan diulas di dalam Bahasa Cina (RUJUK SINISINI dan SINI) sebelum dipetik dan ditularkan. Ulasan-ulasan dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris rojak dalam laman-laman tersebut, amat menjijikkan dan menghiris perasaan orang Melayu-Islam yang hanya bersolat Jumaat sehari dalam seminggu.


Berdasarkan laporan polis yang dibuat, pemandu kereta berkenaan dikatakan telah membunyikan hon panjang ketika jemaah sedang bersolat pada rakaat kedua sehinggalah jemaah keluar dari masjid. Ini adalah kerana laluannya telah dihalang, walaupun pada pangkal jalan terdapat papan tanda besar yang menyatakan jalan tersebut ditutup untuk dijadikan tempat meletak kereta sepanjang tempoh solat Jumaat.




Walaupun dinasihati, pemandu berkenaan bersikap samseng dengan memaki hamun dan menunjukkan isyarat lucah. Dengan penuh lagak, dia memandu laju dan telah melanggar beberapa orang jemaah sekaligus membuatkan jemaah yang melihat hilang sabar. Kereta berkenaan bagaimanapun, tidak dapat dilarikan apabila terhalang.


Pemandunya keluar dan masih lagi berlagak samseng sebelum jemaah mulai membelasahnya.

Di Facebook, komen-komen dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris rojak amat mengerikan. Klip video tersebut kemudiannya dijadikan modal untuk menunjukkan kekejaman dan kezaliman Islam dan penganutnya. Pangkal kepada permasalahan tersebut iaitu provokasi melampau, langsung tidak diperkatakan. Malahan, para pengkomen secara terang-terang menghina agama Islam dan orang Melayu secara keseluruhannya.

Selama ini, Malaysia walaupun ada masalah sedikit sebanyak, rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan saling faham-memahami antara satu sama lain. Perayaan Thaipusam menyesakkan Batu Caves, dan sekalipun menyusahkan para pengguna jalanraya apatah lagi laluan di hadapan Batu Caves adalah laluan utama, kebanyakan orang faham, ia adalah perayaan agama. Masing-masing cuba mengelak daripada daripada menggunakan laluan tersebut sekalipun ia adalah laluan utama pantai timur ke utara semenanjung bagi memberi laluan kepada penganut-penganut Hindu meraikan Thaipussam.




Begitu juga dengan perarakan dan perayaan Sembilan Maharaja Dewa atau ‘Kow Wong Yeh' yang menutup laluan untuk tempoh sepanjang perayaan tersebut diadakan. Tidak ada pula tindakan-tindakan provokasi seperti membunyikan hon panjang atau memaki hamun penganut Taoist yang menyambut perayaan berkenaan terutama di Ampang, Selangor.


Kegagalan percampuran dan bergaul antara budaya menerbitkan dan melahirkan generasi seperti yang dapat dilihat di dalam komen-komen berbahasa Cina dan Bahasa Inggeris rojak tersebut. Hidup mereka hanyalah berpaksikan kepada keagungan kaum mereka sahaja. Apatah lagi kebanyakan mereka adalah penganut dan penyokong tegar DAP seperti yang dapat dilihat menerusi komen-komen dan status-status mereka di Facebook.

Sesuatu harus dilakukan.... cuma jangan minta orang Melayu dan Bumiputera terus berkorban lagi kerana pengorbanan besar yang telah dibuat oleh orang Melayu dan Bumiputera di negara ini, nampaknya semakin tidak dihargai, bahkan Melayu dan Bumiputera pula dianjing-anjingkan sehingga amalan beragama mereka turut dipertikaikan walaupun pada masa yang sama, Melayu dan Bumiputera tidak pernah mempersoalkan amalan beragama puak-puak berkenaan!

Semoga apa yang berlaku hari ini, akan menjadi teladan yang berguna. Dan semoga rakyat negara ini dapat mengenepikan sebarang perbezaan mereka bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik untuk semua penduduk dan rakyatnya, tanpa mengira kaum, bangsa, agama, bahasa mahupun latar budaya masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...