Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 9 May 2017

Kedudukan istimewa UiTM wajib dipertahan: Pensyarah



Penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengikut Akta 173 dan pengkhususan kemasukannya, harus dipertahankan, bagi melindungi kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, sekarang ini terdapat 20 universiti awam dan 24 swasta, sembilan kampus universiti antarabangsa dan 27 kolej universiti swasta, dan hanya UiTM yang digunakan untuk membantu Bumiputera memperbaiki taraf kehidupan, tanpa menggugat hak mana-mana kaum di Malaysia.

“Tujuan penubuhan ini untuk membantu orang-orang Bumiputera yang miskin dan tidak berkemampuan melanjutkan pendidikan tinggi. Ini disebabkan ramai orang Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam ekonomi. Walaupun begitu, masih terdapat orang bukan Bumiputera persoalkan tujuan kenapa UiTM tidak dibuka kepada bukan Bumiputera,” katanya.

Katanya, seperti yang diketahui, isu merit dibangkitkan kerana menganggap penubuhan UiTM tidak menggalakkan daya saing Bumiputera.

“Adalah tidak adil mengatakan penubuhan UiTM ini menganiaya pemikiran dan kemajuan orang Bumiputera. Kita perlu lihat statistik perangkaan pendapatan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan tiga faktor utama mengapa UiTM ini perlu dikekalkan seperti sedia ada” katanya.

Dr Iskandar Hasan Tan menggariskan pecahan pendapatan bulanan kasar isi rumah secara purata antara kaum di Malaysia yang menunjukkan pada 2012 Bumiputera mempunyai pendapatan dari RM4,457 kepada RM5,548 pada 2014.

“Bagi kaum Cina pendapatan dari RM6,368 tahun 2012 kepada RM7,666 tahun 2014, kaum India berpendapatan RM5,233 tahun 2012 kepada RM6,246 dan lain-lain kaum iaitu RM3,843 tahun 2012 kepada RM6,011 tahun 2014,” katanya menulis dalam Sinar Harian.

Beliau juga berkata, jika diteliti nisbah ketidaksamaan pendapatan kasar bulanan isi rumah antara kaum menunjukkan terdapat jurang perbezaan antara Bumiputera dengan kaum-kaum yang ada di Malaysia.

“Ketaksamaan antara Bumiputera dengan Cina iaitu 1:1.38, dengan India 1:1.13, dengan lain-lain kaum 1:1.78. Ketaksamaan ini memberitahu bahawa pendapatan Bumiputera adalah lebih rendah dari Cina, India dan lain-lain kaum kerana insiden kadar kemiskinan Bumiputera lebih tinggi di luar bandar iaitu 1.5 peratus berbanding kaum bukan Bumiputera di bandar iaitu 0.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata, satu kaedah untuk mengeluarkan Bumiputera daripada kelompok berpendapatan rendah adalah melalui pendidikan dari rendah sehingga ke peringkat tinggi.

“Bukan semua Bumiputera menikmati hasil kekayaan negara ini walaupun sebahagian besar mereka telah mendiami kawasan bandar. Ini boleh dilihat majoriti kaum Bumiputera tinggal di pinggiran kota daripada di kota. Tidak salah UiTM ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera dan matlamat penubuhan UiTM perlu dipertahankan demi keselamatan dan keadilan pembahagian kek kekayaan negara,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/jangan-biarkan-ph-kuasai-politik-negara.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...