Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 29 May 2017

Kumpulan mahu Guan Eng dilarang berbuka puasa kecuali masuk Islam


GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah apa yang didakwanya campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP dalam urusan fatwa, sambil berkata ketua menteri Lim Guan Eng perlu dilarang hadir majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.
Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin berkata sekiranya Lim mahu turut serta dalam acara berbuka puasa, beliau perlu masuk Islam.
“Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.
“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,” katanya disambut pelbagai sorakan mencemuh Guan Eng oleh kira-kira 50 orang di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister di sini.
“Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam,” katanya.
Mereka yang hadir turut mengangkat sepanduk mengutuk Lim dan ahli tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man.
“Kamu bakar mercun, ada kami kacau. Pasal apa kacau agama kami?” soalnya.
Mereka turut menyeru Salleh berpindah kedudukan kerusinya dalam DUN Pulau Pinang ke bahagian pembangkang bersama Adun BN, memandangkan parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.
Tuduhan kerajaan negeri campur tangan urusan fatwa pertama kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa negeri perlu disetujui exco kerajaan negeri diketuai Lim.
Tuduhan itu dinafikan kerajaan negeri.
Afnan berkata fatwa hanya perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan kerajaan negeri tidak berhak memberi pandangannya.
Perhimpunan hari ini juga kecoh seketika apabila pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, dikepung beberapa lelaki ketika beliau memerhatikan protes itu.
Saksi berkata beliau ditampar.
Beberapa orang turut mengherdik Zaidi sambil memanggilnya “lembu dan barua DAP”.
Zaidi, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat mejar yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana mendakwa penipuan pilihan raya, menyifatkan tuduhan yang dibuat Hafiz sebagai pembohongan.
Hafiz ketika ditemui menuduh Zaidi cuba membuat provokasi terhadap penyokongnya.
“Zaidi kata saya bohong. Dia membuat provokasi,” katanya.
http://celahgelegar.blogspot.my/2017/05/kumpulan-mahu-guan-eng-dilarang-berbuka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...