Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 26 May 2017

Model Terbaru Proton & Mahathir Buat U-Turn Sekali Lagi

Model Terbaru Proton & Mahathir Buat U-Turn Sekali Lagi

Portal automotif melaporkan bahawa DRB-Hicom telah mendedahkan sebahagian daripada perkara yang telah dibincangkan berkaitan usaha sama Proton-Geely adalah untuk membolehkan pengeluar kenderaan nasional itu menggunakan platform SUV dari model Geely Boyue.


Jika diteruskan, ini akan menjadi pembangunan SUV pertama Proton, walaupun perincian tentangnya masih belum diumumkan.

Kita sedia maklum bahawa DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) telah mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely Holding) bagi syarikat itu membeli 49.9% saham Proton. Yang perlu kita faham ialah:
1. Proton bukan lagi milik kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang.

2. Perjanjian ini juga telah menafikan dakwaan liar puak pembangkang yang kononnya Proton akan dijual sepenuhnya kepada pelabur asing. DRB- Hicom masih memegang 50.1% saham Proton.
Yang hairannya ialah sikap Dr Mahathir yang buat u-turn beberapa kali tentang isu Proton ini. Pada mulanya, beliau tidak bersetuju tetapi kemudiannya bersetuju.

15 Februari 2017 - Dr Mahathir secara peribadi boleh menerima sebahagian saham Proton dijual, namun membantah jika keseluruhannya dijual kepada syarikat asing!
"Kalau tidak ada jalan lain dan perlu untuk jual sebahagian Proton, baiklah. Kita boleh terima, tetapi janganlah sehingga kita hilang langsung Proton." kata Dr Mahathir
Dan sekarang beliau tidak bersetuju pula padahal Proton 'tidak hilang langsung' kepada syarikat asing!

Malah yang sebenarnya, Mahathir sendiri telah bertemu dan membuat rundingan dengan pihak Geely pada bulan April 2014!
According to local media, Mahathir at the time started crafting a partnership deal between Proton and Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group. 
http://asia.nikkei.com/Business/Companies/Mahathir-seeks-to-turn-Malaysia-s-Proton-around-with-Geely-s-help?page=1
Mahathir berpura-pura kecewa?

Ramai pihak telah memberi pandangan tentang usaha sama di antara Proton dan Geely ini. Penulis pula ingin menulis daripada perspektif sama ada syarikat Geely benar-benar mampu mengangkat jenama Proton dan membantu syarikat tersebut dan benarkah ikon negara ini akan hilang seperti yang didakwa oleh puak pembangkang.

Perkara utama yang kita sedia maklum ialah memang kerja puak pembangkang untuk membangkang apa sahaja keputusan kerajaan dan tidak akan menyetujui sebarang usaha yang baik. Rafizi Ramli sendiri mengaku bahawa kerja pembangkang ialah menghasut rakyat. Malah, Mahathir sendiri mengaku memburuk-burukkan parti lawan supaya partinya tampak baik.

Jika kita mendengar kata pembangkang, negara tidak akan maju, jambatan Pulau Pinang, menara KLCC atau pun Putrajaya tidak mungkin wujud seperti hari ini. Malah, Proton pun tidak akan wujud jika kita melayan tohmahan pembangkang.

Kerana itu kita perlu melihat usaha sama Proton-Geely secara rasional.

Bukti 1 
1. Realitinya, Proton akan dikekalkan seperti sedia ada, dengan kepakaran dan kelengkapan untuk R&D, rekaan dan pengeluaran di Malaysia.

2. Geely akan menyediakan sumber, pengetahuan dan pengurusan global untuk dimanfaatkan oleh Proton.

3. Perjanjian ini akan membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform serta enjin dibawah Geely Holding, disamping menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China tersebut, termasuklah pasaran di Asia Tenggara.
Bukti 2 
1. Pada tahun 2010, Geely telah menandatangani perjanjian membeli Volvo milik Ford dengan nilai $1.8 bilion. Syarikat Volvo ketika itu juga mengalami masaalah besar.

2. Tetapi hanya dalam masa yang singkat, jenama Volvo telah berjaya meningkat jualannya kepada 534,000 unit kenderaan - jualan tertinggi sejak Volvo wujud. Ini dicapai hanya dalam tempoh 6 tahun selepas Geely mengambil alih jenama Sweden itu.
3. Setelah 6 tahun memilikinya, jenama Volvo masih ada. Ianya kekal ditadbir, diurus secara berasingan (daripada Geely), dan akan kekal berpusat di Sweden.
Volvo 242 DL 1982

Volvo S90 2017
Bukti 3 
1. Geely merupakan sebuah syarikat yang terbukti berprestasi cemerlang apabila ia disenaraikan dalam syarikat Fortune 500, bermula pada tahun 2012. Dan bagi tahun 2016, Geely dinilaikan mencatat keuntungan sebanyak USD 30.4 bilion (RM130 bilion). Jumlah pekerjanya pula ialah 65,000 pekerja di seluruh dunia. Secara totalnya, pengeluaran kereta Geely dan Volvo telah mencecah 1,000,000 unit pada tahun2016.
2. Geely Automobile Holdings merupakan syarikat gergasi automotif swasta pertama dan terbesar di negara China. Geely adalah jenama kereta paling laris di China.

3. Secara logiknya, Geely sudah pasti telah membuat homework dan unjuran-unjurannya sebelum terlibat dalam sebuah syarikat yang bermasaalah dan berhutang besar seperti Proton. Syarikat yang berprestasi cemerlang ini sudah pasti yakin dapat membantu dan mengangkat jenama Proton setaraf dengan jenama-jenama lain di dunia ini.
Jika merujuk kepada perkara-perkara di aatas, Proton akan tetap ikon negara dan akan dapat diangkat setaraf dengan jenama-jenama automotif terkenal di dunia ini.

http://novandri.blogspot.com/2017/05/model-terbaru-proton-mahathir-buat-u.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...