Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 16 May 2017

PCM kerjasama dengan PAS lambang tidak ditolak bukan Islam



PAS mengalu-alukan penyertaaan Persatuan Cinta Malaysia (PCM) untuk bekerjasama dengan parti Islam tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan berkata tindakan PCM itu adalah simbolik yang PAS tidak ditolak orang bukan Islam, malah PAS juga bukan parti yang rasis seperti DAP sehingga mampu diterima oleh bangsa lain.

“Tindakan PCM adalah tepat dan kena pada masanya. Saya berpandangan bahawa kehadhiran PCM juga akan turut mengukuhkan Gagasan Sejahtera dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin kebangkitan rakyat.

“PAS mengalu-alukan kehadhiran PCM untuk bersama kami dan menyeru supaya non muslim tidak perlu ragu terhadap perjuangan PAS. Kami bukan sebuah parti yang rasis apatah lagi untuk memaksa agama lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kelmarin, Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan telah membuat kenyataan terbuka bahawa PCM sedia untuk bekerjasama dengan PAS khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 kelak.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasruddin berkata beliau yakin Huan tidak membuat keputusan terburu-buru sebaliknya dengan penuh sedar dan faham situasi politik hari ini.

“Islam menjanjikan keadilan kepada semua termasuklah golongan non muslim. Memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman. Islam mengangkat kebenaran dan menolak kebathilan.

“Inilah perjuangan PAS dan PAS tidak mempunyai wajah kedua untuk berpura-pura dengan pihak non muslim. Wajah PAS hanya satu. Bersama ummat Islam, PAS perjuangkan Islam, kepada non muslim juga PAS berjuang di atas prinsip Islam yang membawa keadilan untuk semua,” tambahnya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/pcm-kerjasama-dengan-pas-lambang-tidak.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...