Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 13 May 2017

PKR - PAS bercerai: UMNO, BN susun strategi baru



Perkembangan terkini senario politik negara yang menyaksikan PAS dan PKR 'bercerai' menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terpaksa menyusun semula strategi jentera pilihanraya parti dan gabungan tersebut.

Naib Presiden UMNO yang memangku tugas Timbalan Presiden UMNO dan BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya menjangkakan akan lebih banyak pertandingan tiga penjuru berbanding dua penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, UMNO dan BN harus menstrukturkan semula organisasi jentera berikutan cabaran pertandingan tiga penjuru adalah berbeza dengan dua penjuru.

"Keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk bermufarakah atau memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR adalah soal dalaman PAS dan soal dalaman PKR.

"UMNO dan BN merasakan ini merupakan satu perkembangan senario politik baharu yang pada hemat saya jelas memperlihatkan PAS mahu terus berada sebagai sebuah organisasi dan parti politik yang mempunyai identiti tersendiri dan mereka yakin bahawa mereka boleh sendirian untuk hadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM), William Lacy Swing di pejabatnya di Putrajaya.

Kerjasama politik atau tahaluf siyasi PAS bersama PKR terbatal serta-merta, berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semalam, mengambil kira tindak tanduk PKR yang melakukan begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/pkr-pas-bercerai-umno-bn-susun-strategi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...