Arkib : 15 Jun 2017. Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara Online
Mari semak saman traffik PDRM dan JPJ secara online sekarang! Berita baik buat rakyat Malaysia! Kini anda boleh menyemak saman traffik yang dikeluarkan oleh Polis(PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara online.
Anda tidak lagi perlu menunggu surat saman diposkan ke alamat rumah anda. Dengan sistem ini anda boleh mengetahui jumlah saman yang adan terima secara terus melalui online.
Ada beberapa cara untuk semak saman PDRM dan JPJ antaranya adalah melalui online(laman web) dan secara SMS. Di bawah ini kami akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah untuk menyemak saman anda. Baca artikel penuh….
Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui Sistem Rilek e-services
1.Masuk ke laman web: https://www.rilek.com.my/register dan daftar sebagai pengguna yang baru (jika masih belum ada akaun).
2.Setelah berjaya mendaftar sila login akaun anda dan akan muncul seperti gambar dibawah.
3. Klik pada logo PDRM dan semak saman anda seperti gambar di bawah (masukkan maklumat yang diminta).
4. Jika tiada saman akan muncul perkataan seperti “Congratulations good citizen! You have no summons.”. Jika anda mempunyai saman akan muncul seperti gambar di bawah ini:
Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MyEG
1. Langkah pertama masuk ke laman web http://www.myeg.com.my
2. Sila daftar sebagai pengguna baru jika anda belum mempunyai akaun MyEG
3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.
5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan SECARA ONLINE.
Semak Saman JPJ Melalui Laman Web
Semakan saman melalui laman web ini disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) khas untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja. Anda tidak boleh menyemak saman seperti PDRM dan polis trafik.
Cara membuat semakan melalui portal JPJ adalah seperti berikut:
1.Masuk ke laman web: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
2.Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
3.Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
4.Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)
5.Dan Klik Semak.
6.Paparan semakan adalah seperti gambar di bawah:
Maklumat tambahan: Semakan saman melalui laman web JPJ ini tidak memerlukan anda mendaftar sebagai pengguna baharu. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan sahaja. Ini memudahkan anda untuk menyemak saman anda dengan cepat.
Tetapi apa yang kurang adalah anda tidak dapat menyemak saman lain seperti saman PDRM mahupun saman PBT. Hanya boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.
Semak Saman Polis Melalui SMS
Selain melalui online, anda juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:
- Taip POLIS
SAMAN [No Kad Pengenalan atau No kenderaan] pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888 atau 32728. - Di bawah ini ditunjukkan infografik cara semakan saman trafik, JPJ dan PDRM secara sistem pesanan ringkas.
- Taip POLIS
panduan semakan secara SMS |
- Contoh POLIS SAMAN 891020103453 atau POLIS SAMAN JHT4231
Sila jelaskan saman anda segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul dikemudian hari. Jelaskan saman tanpa nama anda “diblacklist” oleh pihak berkuasa.
Kaedah lain untuk bayar saman : Rujukan Gambar-gambar menu cara-cara untuk bayar saman melalui mesin ATM Maybank.
Gambar 1 : Menu utama. Pilih PAYBILLS
Gambar 2 : Pilih PEMBAYARAN SAMAN PDRM
Gambar 3 : Info Ringkas Daripada Keterangan SAMAN PDRM. Pilih TERUSKAN
Gambar 4 : Masukkan Nombor Kad Pengenalan. Selepas itu, pilih YA.
Gambar 5 : Contoh dipaparkan jenis kesalahan, nombor plat kenderaan dan jumlah saman. Pilih untuk bayar kesalahan saman yang menjadi keutamaan. Contoh - Pandu Laju
Cara nak bayar saman di mesin di ATM 🏧 MYBANK mudah tak perlu ke balai polis di perjabat pos pun boleh Atau pun di app mysaman. Diskaun 80% sampai hujung bulan ini
Cara bayar saman trafik di mesin ATM. Tak perlu bersesak sesak di balai polis. Hanya di Maybank saja ya 🏧🏧🏧🏧
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment