Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 19 June 2017

Dakwaan Mahathir Tentang Proton Langsung Tidak Berasas – Mustapa Mohamed

Dakwaan Mahathir Tentang Proton Langsung Tidak Berasas - Mustapa Mohamed
Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak memperuntukkan dana seperti dijanjikan kepada Proton Holdings Bhd. (Proton) disifatkan sebagai tidak berasas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion, sebanyak RM1.25 bilion sudah diberikan kepada syarikat kereta nasional itu, yang sebahagian besar digunakan untuk menyelesaikan bayaran tertunggak kepada vendor mereka.
Malah, kata beliau, baki sejumlah RM250 juta akan diperuntukkan dalam tempoh seminggu lagi.
Proton Kekal Syarikat Kereta Nasional
“Selain itu, seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan II, kerajaan akan membayar balik geran penyelidikan bernilai RM1.1 bilion kepada Proton apabila perjanjian terakhir dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) ditandatangani pada 1 Julai ini.
“Banyak pihak yang mempertikaikan mengenai masa depan Proton berikutan hasil kerjasama dengan Geely baru-baru ini. Terlalu awal untuk membuat kesimpulan namun beberapa petunjuk menunjukkan ia menjurus kepada masa depan lebih ce­rah ­mengambil kira rekod pencapaian Geely dalam memulihkan semula syarikat Volvo.
“Bagaimanapun, apa yang kita ketahui adalah tanpa pinjaman mudah RM1.5 bilion daripada kerajaan, masa depan Proton mungkin lebih mencabar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini, Dr. Mahathir menerusi blog beliau Chedet.cc mendakwa bantuan Kerajaan Persekutuan tidak diperuntukkan kepada Proton selain mendakwa keputusan menjual saham Proton didorong oleh dendam sehingga mengabaikan soal maruah negara.
mahathir Proton: Kenapa 3 Tahun Lepas Tun Tak Menitikkan Air Mata, Tak Membantah, Tak Menangis?
Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kerajaan tidak boleh te­rus membantu Proton pada setiap masa apabila berhadapan dengan masalah kewangan, justeru atas faktor tersebut, pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion telah dibuat tertakluk kepada Proton menerima rakan strategik asing.
“Saiz pasaran automotif negara kini semakin berkembang dengan kira-kira 600,000 unit dikeluarkan setiap tahun dan bagi mana-mana syarikat untuk berjaya, mereka perlu memenuhi skala ekonomi tersebut. Proton membawa beberapa pelan promosi eksport dalam tempoh lima tahun lalu. Malangnya, tidak ada satu hasil pun menjadi kenya­taan.
“Langkah menjalin kerjasama dengan Geely merupakan keputusan komersial yang dilakukan demi kepentingan terbaik untuk Proton mengam­­bil kira pelbagai faktor termasuk manfaat daripada teknologi, kemudahan penyelidikan dan pembangunan serta suntikan dana Geely.
Justeru, kata beliau, adalah tidak wajar komitmen kerajaan yang mahu Proton berjaya dilabel oleh Dr. Mahathir sebagai tindakan ‘balas dendam’ kerana kerajaan sentiasa melindungi kepentingan negara dan tidak membuat keputusan berdasarkan dendam.
Mahathir Akan Cuba Salahkan Najib Walaupun Proton Adalah Syarikat Swasta Sejak 2012
“Apa gunanya mengekalkan ‘kebanggaan negara’ seperti didakwa Dr. Mahathir sekiranya membiarkan syarikat itu mengalami kerugian dan menjejaskan kebajikan pekerjanya. Malah, dakwaan bahawa kerajaan mengorbankan ‘kebanggaan negara’ adalah tidak berasas kerana kita mempunyai banyak usaha sama termasuk kerjasama antara Perodua-Daihatsu.
“Jadi, cukuplah mengkritik kerjasama Proton-Geely, Proton akan mempunyai rakan strategik asing yang bakal lonjak ke hadapan namun Malaysia masih mengekalkan kawalan majoriti ke atas pengurusannya. Proton dikenali sebagai jenama Malaysia di peringkat global dan mana-mana pihak tidak boleh merampasnya.
“Kita biarkan sama ada Proton distruktur semula dengan bantuan rakan kongsi asing atau kita berdiam diri dengan situasi yang sedang dialami oleh syarikat itu. Akhirnya, kepentingan vendor, pengurusan dan kakitangannya harus diutamakan di luar kebanggaan dan nostalgia,” katanya.
https://www.wakeupmalaya.com/2017/06/dakwaan-mahathir-tentang-proton-langsung-tidak-berasas-mustapa-mohamed/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...