Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan partinya untuk tidak terikut-ikut dengan budaya politik parti lain yang terlalu mementingkan calon perdana menteri walaupun belum pasti akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"PAS jangan terpengaruh dengan budaya politik lain daripada (parti) Islam.
"Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menegaskan: “Kita wajib terima siapa sahaja yang menerima Islam walaupun dia bukan PAS," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Hadi berkata PAS tidak akan sesekali 'mengemis' dan meminta-minta jawatan tersebut kerana ia sama sekali bertentangan dengan syariat Islam.
"PAS menyambung perjuangan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. mengikut Al-Quran dan Sunnah.
"Hadis baginda S.A.W bersabda: “Demi Allah! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan atau rakus mahukan jawatan,” ujar Hadi membacakan hadis Rasullullah.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menjadi calon perdana menteri jika dipersetujui Pakatan Harapan (PH).
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Terdahulu Dr Mahathir dalam satu wawancara menerusi Facebook LIVE memberitahu akan mempertimbangkan untuk sekali lagi menjadi perdana menteri jika diminta berbuat demikian.
PH sehingga kini bertelagah soal siapakah calon perdana menteri pembangkang jika gagasan itu berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya kelak.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/06/pas-jangan-terikut-ikut-mahu-namakan.html
No comments:
Post a Comment