Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 1 June 2017

‘Pencapaian’ Kerajaan DAP Pulau Pinang Yang Anda Perlu Tahu!



1. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menswastakan pengutipan caj letak kereta kepada Perkhidmatan Alam Sdn. Bhd. . Sejak diswastakan, berlaku kenaikan caj tempat letak kereta. Selain itu, jika dibandingkan dengan semasa pentadbiran Barisan Nasional di Pulau Pinang, caj letak kereta hanya dikutip hingga jam 5.00 petang sahaja sedangkan pada 2015, caj dikenakan hingga jam 12.00 tengah malam.

2. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menyewakan tingkat 3,4,5,6,59,60,64 dan 65 menara KOMTAR kepada syarikat swasta. Disebabkan tingkat bangunan ini diswastakan, maka rakyat negeri tersebut terpaksa membeli tiket pada kadar RM88.00 bagi dewasa dan RM48.00 bagi kanak-kanak semata-mata untuk menikmati pemandangan di _Penang Skyline_.

3. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menswastakan Fort Cornwallis, salah sebuah tapak warisan tertua di Pulau Pinang pada 1 Jun 2014 dengan kadar RM30,000 sebulan untuk tempoh 35 tahun. Penswastaan ini adalah untuk _Ewein Group_, syarikat yang sama yang kini memiliki dan membangunkan semua tanah kerajaan yang dibayar oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada _Consortium Zenith_ sebagai bayaran RM6.34 bilion untuk projek Terowong Pulau Pinang.

4. Kini pengunjung khususnya rakyat Pulau Pinang perlu membayar kepada syarikat swasta untuk melawat kawasan sejarah yang menyaksikan _Sir Francis Light_ mendarat dan menemukan Pulau Pinang suatu ketika dulu.

5. Ketua Kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menipu berkaitan isu ‘Botak Hills’, iaitu pembangunan di puncak bukit yang menyalahi undang-undang. Beliau mengatakan bahawa kelulusan projek pembangunan tersebut dierikan sejak kerajaan BN memerintah Pulau Pinang.

6. Namun, NGO Ambiga memperoleh bukti bahawa Lim Guan Eng telah *berbohong* dan pembangunan ini sebenarnya diluluskan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang antara 2008 dan 2015.

7. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mewartakan Rancangan Tempatan Pulau Pinang sejak 2008 walaupun telah berjanji. Ketua Menteri, sebagai ketua tanah diberi kuasa budi bicara untuk meningkatkan kepadatan pembangunan atau menukar status mana-mana tanah di Pulau Pinang.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/05/pencapaian-kerajaan-dap-pulau-pinang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...