Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 15 June 2017

RUPANYA CUKAI PELANCONGAN DAH LAMA DIAMALKAN OLEH KERAJAAN DAP



PAKATAN (bukan DAP) mendakwa kedudukan kewangan kerajaaan sedang dalam keadaan tenat bila memperkenalkan cukai Pelancongan yang dijangka bermula bulan depan.

Entah bagaimana hasil tambahan dijangka sebanyak RM 654 juta lebih kurang ini, mampu menyelamatkan kewangan negara jika betul ia sedang berada dalam keadaan tenat seperti yang di dakwa mereka? Sebagai perbandingan, bajet Kerajaan persekutuan untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM 260 billion!!

RM 654 juta ni tak sampai satu persen pun dari keseluruhan jumlah tersebut.

Apa pun dalam masa yang sama, apakah puak-puak ini terlupa bahawa DAP di Pulau Pinang telah lama memperkenalkan cukai pelancongan ini dengan nama cukai katil seawal 2014 lagi. Tak pulak kita dengar sesiapa dari Pakatan mendakwa pengenalan cukai ini tanda kerajaan negeri Pulau Pinang nak bankrap?

Nama itu berbeza tapi kriteria cukai dikenakan, sama saja – ikut bilik dan berapa malam menginap. Selain Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu juga turut mengenakan cukai yang hampir sama.

Memandangkan perkara ini telah dibahaskan di peringkat parlimen, kita tidak mendengar mana-mana ahli parlimen Pakatan termasuk wakil tunggal Bersatu Muhyiddin Yassin membantah perkara tersebut? Tak faham kenapa mereka menjadikannya isu sekarang, adakah cuba mengambil kesempatan dari pertelagahan antara dua Menteri Pelancongan yang hebat dibincangkan sekarang?

Nak cakap ni (tanpa menyebelahi mana-mana pihak), pertelagahan itu bukan sangat tentang apa yang dicakapkan (cukai pelancongan) tapi tentang bagaimana ia dicakapkan. Lama-lama nanti selesailah tu.

Yang pentingnya jangan kelirukan rakyat konon cukai ni tanda kewangan negara tenat, tak betul cerita tu.

Oleh : MyKMU

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/06/rupanya-cukai-pelancongan-dah-lama.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...