Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 30 June 2017

Ucapan terima kasih daripada saya kepada mereka yang masih mengingati saya pada ulang tahun kelahiran yang ke 35 Tahun. Terima kasih !

Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'

Printscreen dari facebook saya

Alhamdulillah, amin.  Genap 35 tahun sudah umur saya tahun ini...


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, amin. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya berkesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hantar ucapan selamat hari lahir kepada saya kali ke 35 tahun.
Pada tarikh yang istimewa ini, saya tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu yang tercinta Umi Kalthum Bt. Ismail kerana telah selamat melahirkan saya pada 35 tahun yang lepas. Alhamdulillah, amin. Terima kasih, mak !  dan Terima kasih, abah !

Terima kasih juga kepada isteri tercinta, Aini Mohamed Shariff, anak-anak kesayangan abah, Ahmad Aminuddin (soleh boy) dan juga Noraini (solehah girl). Alhamdulillah, amin usia perkahwinan kami telah mencecah usia 8 tahun kini.
Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada, Paman Amir Mimbar (pakcik, Adik Abah), Bazilah Aimi (sepupu), Rabiatul A'dawiyah (sepupu), Mohamad Ikhsan Selamat (sepupu), Mohd Izham Ab Wahab (sepupu, mentor saya dalam dunia business dan networking), Azimi ChinMohd Fiza Mohd ZainiJoeArnani Adriana (rakan sekolah di Teluk Intan), Zulhusni Abu HasanBani NurulheshamBani Nurulhesham (rakan UiTM P.Pinang), Servis Plumber Teluk IntanIdris BasriRohayah Abu KassimZul Azmi (Dee Ya Services Enterprise), Suznita Mohd YatimZulkefli Mohd IsaRafizah Yahaya (rakan sekerja di KLIA Consult), Yatie Che DinNoie AiDaBudi ChahayaAmar Mahdzir dan Liew Ying Yie - (rakan kenalan FB dari jauh).
Pada kawan-kawan yang saya tidak sebutkan di sini, iaitu pada mereka yang menzahirkan ucapan hari lahir saya secara mesej peribadi ataupun dalam Group di WhatsApp, sekali lagi saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan ingatan daripada anda semua. Terima kasih daun keladi. In Shaa Allah, amin. Panjang umur kita jumpa lagi....
Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesilapan ataupun kesalahan pada semua ahli keluarga saya, saudara mara saya, sahabat handai saya di atas kekhilafan saya bersama-sama dengan anda semua sebelum ini. Saya memohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan pada anda semua sama ada saya kenal dari dekat ataupun dari jauh.

Khas untuk semua pembaca setia blog saya, Mencari Keredhaan-Mu, Ya Allah, Ya Tuhanku...

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih mengikuti blog saya secara terus (blogger.com) ataupun tidak secara terus (melalui google) sehingga kini...Alhamdulillah, amin...

Sekiranya ada di antara isi kandungan di sini ada yang membuatkan anda tidak selesa untuk membaca sehingga tamat, maafkan saya....'Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan'. Segala komen, cadangan dan penambahbaikan daripada anda semua amat diperlukan untuk memantapkan lagi isi kandungan blog ini untuk terus relevan sepanjang masa dan zaman.

Selain itu, saya amat berbesar hati untuk ruangan info di sini http://normanhafizi.blogspot.my/2014/02/alamat-bengkel-kereta-melayu-bumiputera.html yang diterbitkan sejak 28 Februari 2014 kerana masih lagi mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang melayarinya di sini. Sehingga kini, (rujuk gambar di bawah)

66329 views daripada statistik di blog saya dengan 63+ dari google dengan 70 komen daripada anda


Setiap hari post entry saya di sini setiap hari adalah yang paling tinggi untuk post Alamat Bengkel Kereta Melayu Bumiputera, pelayarnya khas dari Malaysia !

Alhamdulillah, amin.  Setiap hari apabila saya melihat statistik seperti di atas, akan membuatkan saya untuk teruskan perjuangan saya untuk membantu dan menyebarkan informasi yang diperlukan oleh saudara/i seperjuangan kita di dalam alam maya (internet) ini.

Semoga melalui usaha murni kita bersama di sini akan dapat diberikan ganjaran dan pahala dari Allah s.w.t. kerana berniat untuk membantu sesama kita meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan dan jihad ekonomi umat islam untuk bersaing secara sihat dengan usahawan bukan islam dan bukan bumiputera di bumi Malaysia yang tercinta ini.  In Shaa Allah, amin.  

Akhir kata,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin 1438H/2017M daripada saya untuk anda semua.
Sekian. Terima Kasih ! Wassalam.


Kenangan Terindah



Bergambar bersama kereta idamanku...

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...