Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 27 September 2017

Halimah Presiden Baru Singapura KEKAL MENETAP di Rumah FLAT


SINGAPURA – Halimah Yacob bukan hanya menjadi presiden wanita pertama negara itu, malah akan menjadi pemimpin pertama yang menetap di perumahan flat badan perumahan dan pembangunan (HDB) ketika penggal pemerintahannya.
Sejurus selepas diisytiharkan sebagai bakal presiden baharu, Halimah, 63, memberitahu, beliau tidak mempunyai rancangan untuk berpindah keluar dari kediaman keluarganya di Yishun.
“Saya akan terus tinggal di Yishun. Ia adalah tempat yang selesa dan saya telah menetap di flat tersebut untuk tempoh yang lama,” katanya kepada para wartawan ketika diajukan soalan itu.
Ketika ditanya tentang pengaturan keselamatan di kawasan kediamannya, Halimah berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada jabatan keselamatan. – Straits Times

http://celahgelegar.blogspot.my/2017/09/halimah-presiden-baru-singapura-kekal.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...