Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 24 September 2017

Maaf Tun, Saya Tidak Mahu Kembali Zaman Tun



"Kami sudah kaji semua masalah yang dihadapi oleh negara dan kami yakin kami akan dapat pulihkan keadaan jika tidak sepenuhnya tetapi ke tahap yang terbaik bagi rakyat dan negara.Kami tahu caranya." - Tun Dr Mahathir 9 Sep 2017 Muar Johor.

Saya tidak menafikan sumbangan Tun membina negara ini, namun apa sebenarnya yang Tun hendak pulihkan?

Hari ini negara ini 100 kali lebih baik berbanding zaman Tun. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak semua orang, namun kehidupan saya jauh lebih baik berbanding zaman Tun.

Saya tidak mahu Tun memperbaiki negara ini kerana pada zaman Tun saya tinggal dalam rumah bocor tanpa sebarang bantuan kerajaan. Sekarang boleh sahaja minta bantuan kerajaan baiki atau bina rumah.

Saya tidak mahu Tun memperbaiki negara ini kerana ketika itu sungguhpun barang murah, tapi saya tidak ada wang untuk membeli barang.

Saya juga tidak mahu Tun memperbaiki negara ini kerana ketika itu kebebasan bersuara hanya milik ahli politik berani dan media yang dikawal sahaja.

Mustahil saya mahu kembali ke zaman setiap tiga tahun kita akan diugut oleh pemegang konsesi Tol, pemegang IPP, perlu bayar yuran peperiksaan, yuran sekolah dan Tun hanya berminat "bail out" syarikat besar.

Pernah Tun "bail out" kami rakyat marhaen? Apabila berlaku kegawatan ekonomi 1997 dan 1998 Tun hanya sibuk "bail out" syarikat besar dan kroni sahaja bukan rakyat marhaen. Sebab itu ratusan ribu orang yang menyampah dan tertekan turun atas jalan sokong Anwar Ibrahim.

"Pegging ringgit" bukan untuk rakyat biasa tetapi untuk "bail out" syarikat-syarikat besar rakan-rakan Tun yang banyak berhutang dalam USD.

Berapa billion wang negara habis untuk mengekalkan USD 1 = RM 3.80 walaupun harga pasaran cecah RM 4.8? Siapa yang untung? Mereka yang berhutang dalam USD dan membeli barang impot. Siapa yang menanggung? Negara ini yang menanggung.

Jadi cukuplah Tun dan juga Anwar. Anda semua berjasa. Anda melakukan cara anda pada zaman anda.

Namun tiada manusia waras tanpa kepentingan politik akan kembali kepada zaman anda berdua, meninggalkan zaman hari ini yang jauh lebih baik.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/09/maaf-tun-saya-tidak-mahu-kembali-zaman.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...