Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 27 September 2017

MAHATHIR TAKUT DENGAN PAS?



Undi PAS sama macam undi Barisan Nasional (BN). Itu yang dimomokkan pembangkang yang kini ketakutan dan kebimbangan selepas PAS menarik diri daripada gabungan mereka.

Ternyata Pakatan Harapan kini bimbang dengan pertandingan tiga penjuru yang bakal berlaku pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Selepas gagal memujuk PAS, mereka kini cuba memburukkan PAS pula apatah lagi selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih `mesra’ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maka tidak hairanlah keadaan itu menyebabkan kebimbangan kepada PH. Malah pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memperlekehkan PAS dalam tulisannya menerusi blognya dengan tajuk ‘Undi PAS = Undi BN’.

Menurut Mahathir, dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi oleh PAS, peranannya hanyalah sebagai pengacau iaitu pemecah undi pembangkang. PAS sendiri akan kalah dalam kebanyakan kawasan yang ditandingi dan kekal berada dalam barisan pembangkang.

“Mereka yang membuat bai’ah kepada kepimpinan PAS dan taksub dengan parti, yang memecah-belah orang Melayu kerana kononnya penentang parti PAS adalah kafir dan berlawan dengan mereka adalah jihad, penyokong fanatik parti PAS ini perlu bertaubat kerana mereka mengikuti ajaran PAS yang bertentangan dengan ajaran agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara,” demikian tulis Mahathir.

Dengan melihat kepada kecaman daripada Mahathir ini, jelas kebimbangan beliau akan perkembangan ini. Beliau tahu PAS berupaya menarik sokongan penyokong PH dan ini bukan satu perkembangan yang baik.

Malah Mahathir juga bimbang jika PAS dan UMNO bergabung.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2017/09/mahathir-takut-dengan-pas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...