Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 19 October 2017

Perkenalkan Menteri Besar Paling Keliru Dalam Dunia

azmin Perkenalkan Menteri Besar Paling Keliru Dalam Dunia
Kalau bab ‘tai-chi’, serahkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Bila mana Kerajaan Selangor kaya raya hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, Azmin Ali dengan muka tebal dan tidak tahu malu ingin mendapatkan kredit. Apabila Kerajaan beliau menghadapi masalah, cepat sahaja Menteri Besar ini menyalahkan pihak lain terutama Kerajaan Persekutuan.
Terbaru, apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merobohkan rumah bekas bilal di Masjid di Lapangan Terbang Subang, Azmin Ali bingkas menyalahkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Noh Omar. Azmin Ali juga yang mahu kelihatan tidak bersalah dan maksum.
Merujuk kepada laman web rasmi KPKT, amat jelas PBT terletak di bawah Kerajaan Negeri.
Adakah PBT terletak di bawah bidang kuasa KPKT dan apakah bidang tugas Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) terhadap PBT? 
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas JKT khususnya dan KPKT amnya adalah untuk menyelaras PBT-PBT dari segi penyeragaman dan perundangan, memberi khidmat nasihat témasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.
Roboh Rumah Bekas Pegawai Masjid Subang, Pemimpin PAN Doa Kerajaan Azmin Tumbang
Tolong saya fahamkan logik Pakatan Harapan:
1. Tanah berkenaan di Selangor. Menteri Besar ialah Azmin Ali.
2. Kuasa mutlak isu tanah di bawah Kerajaan Negeri. Menteri Besar ialah Azmin Ali.
3. Yang menjalankan kerja robohkan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah Daerah Petaling, di bawah Menteri Besar, Azmin Ali.
4. Yang PSM panggil untuk menghentikan perobohan adalah Menteri Besar, Azmin Ali.

Yang bersalah, Noh Omar?
Wahai Azmin Ali, elok kau letak jawatan sahajalah. Semua perkara tidak mahu memikul tanggungjawab. Macam ‘darai’ kata orang Kedah.
https://www.wakeupmalaya.com/2017/10/perkenalkan-menteri-besar-paling-keliru-dalam-dunia/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...