Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 31 December 2017

Doa dari Abah dan Ummi untuk Ahmad Aminuddin untuk Tahun Baru 2018

Doa dari abah dan ummi untuk anak sulong kami, Ahmad Aminuddin untuk persekolahannya pada tahun 2018

Ahmad Aminuddin, 2011 - gambar 1


Ahmad Aminuddin, 2011 - Gambar 2 (jarak dekat)


Ahmad Aminuddin, 2017

Hari terakhir 31 Disember 2017 sebelum masuk tahun baru 2018 pada pukul 12 pagi nanti. Alhamdulillah, amin. Anak sulong kami, Ahmad Aminuddin akan melangkah masuk ke Tahun 1 2018 di SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan.

Hari pertama Tahun 1 masuk ke sekolah rendah memang akan jadi perhatian media massa arus perdana ataupun di laman-laman sosial. Proses pembelajaran secara formal bermula di sini. Semoga Aminuddin dapat belajar dalam proses pembelajaran yang terbaik untuk masa depan. Mudah-mudahan selama 6 tahun Aminuddin di sekolah ini akan mengikut jejak langkah paman-paman nya atau bibik nya yang pernah belajar di sini....

Adam Syahir pun bersekolah di sini dan dapat keputusan cemerlang 6A dalam UPSR. Tahniah buat Adam (pakcik Aminuddin). Sekolah bukan penentu kejayaan yang penting usaha, doa dan tawakal dari ibubapa penentu kejayaan dan kecemerlangan anak-anak sama ada di dalam bidang pelajaran mahupun kehidupan.

"Belajar rajin-rajin Aminuddin, dan jadilah anak yang soleh dan beriman dan tempohi kejayaan dunia dan akhirat. Amin."


Gambar kami sekeluarga sewaktu makan malam di Restoran Wana Cafe, Teluk Intan

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...