Arkib : 23 September 2017
Gambar : Buaya Lagenda Puchong
Ok malam ini admin nak cerita sikit pasal Buaya Lagenda Puchong yang sangat sinonim yang dulunya ditemui dalam lombong Kampung Sri Aman sehingga dikenali dengan gelaran Lombong Buaya agar menjadi tatapan semua...
Kisahnya buaya yang tak pernah mengganas mahu pun mengganggu penduduk kampung, malahan lombong kampung kita amat digemari yang menjadi lubuk pemancing..
Ada juga ketika itu yang membuat perusahaan sangkar ikan di tengah-tengah lombong menggunakan tong drum tanpa diganggu oleh Buaya Puchong ini...
Dulu pun sebelum kecoh menjadi perhatian orang ramai, memang kerap penghuninya ini timbul di permukaan lombong, sering kali dilihat oleh kaki-kaki pancing, pengusaha ikan sangkar itu dan ada juga timbul betul-betul sebelah sampan jika ada penduduk kampung yang turun menjala atau memasang jaring, rezeki orang kampunglah ketika itu siapa yang bawa sampan jika tersempak penghuni lombong ini timbul bersebelahan, sebab boleh pegang tanpa rasa takut...
Paling champion ialah Wak Ajis, sebabnya dah macam sahabat rapat beliau...
Ketika kecoh ingin ditangkap, pelbagai umpan dipasang, pelbagai bomoh dipanggil termasuk Raja Bomoh yang ketika itu belum mendapat gelaran atau pangkat Raja Bomoh, memang dulu pun Raja Bomoh ini dah pakai teropong buluh untuk tangkap buaya ini, tapi penghuni lombong ini lebih cekap dari semua sehingga tidak mahu timbul untuk di tangkap atau pun menampilkan diri kepada pengunjung...berulang balik cerita tentang ke champion nya Wak Ajis ini, dia boleh seru buaya ini timbul di permukaan air setelah di tepuk air lombong sebanyak 3 kali...rezeki pengunjunglah ketika itu untuk melihat sendiri besarnya buaya ini berada di permukaan lombong menampilkan diri bak pahlawan dahulu kala...
Seperti pesta bila kecoh 1 Malaysia bila lombong terbiar dalam kampung kita ini dikejutkan dengan berpenghuninya sang buaya, tidak henti-henti pengunjung datang dalam Puchong mahu pun dari luar Negeri Selangor sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas, penduduk setempat pun menambah pendapatan dengan meniaga di persisiran lombong seperti pasar malam...
Akhirnya kecundang buaya ini apabila sesat ketika banjir besar kampung kita ketika itu, buaya ini telah memasuki parit bersebelahan lombong ini, dan ketika surutnya paras air parit itu, terus menampakkan dirinya di dalam parit tanpa berganjak seperti dia menyedari yang riwayatnya akan berakhir di situ, ketika diangkat menggunakan jentera back hoe dari terusan parit ini, tidak langsung dia melawan sehinggalah selamat dibawa ke Taman Buaya Melaka...
Sejarah tercipta, buaya terbesar dapat ditangkap di Semenanjung adalah buaya kampung kita...
Itulah menjadi kebanggaan penduduk asal Puchong...
Tapi sehingga sekarang yang menjadi kemusykilan admin ialah ke mana perginya lagi 2 ekor penghuni lombong ini yang semestinya seekor lagi adalah lebih besar dari buaya yang ditangkap di parit ini???
Sekian lah sahaja cerita admin yang dulu karangan Bahasa Melayu dapat A+
Kredit :KgSriAman
No comments:
Post a Comment