Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 1 March 2018

Mahathir Cipta Sejarah, Negarawan Pertama Dimurkai Semua 9 Keturunan Diraja

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja dalam usahanya merealisasikan impian menggulingkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun tindakannya itu bakal mengundang murka keturunan diraja.
Menggunakan isu 1MDB sebagai senjata utama – walaupun berkali-kali dibuktikan Najib tidak bersalah – Dr Mahathir mendapat murka bukan satu, tetapi tiga Istana termasuk, Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
“Tidak pernah ada ahli politik ataupun negarawan Malaysia disifatkan sebagai persona non grata yang mendatangkan rasa tidak senang oleh sebegitu banyak Majlis Raja-Raja Melayu,” kata penganalisis politik, Zakhir Mohamed.
mahathir Saya Terasa Juga, Saya Pun Keturunan Bugis - Sultan Johor
Keturunan diraja pertama yang murka terhadap Dr Mahathir adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri itu mendakwa negara menjual negara menerusi pelaburan China di Forest City.
Seterusnya, Sultan Ibrahim juga membidas berkaitan ucapan Dr Mahathir semasa himpunan ‘Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ berikutan telah menghina keturunan Bugis, yang turut mendatangkan murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mahathir: Dengan DAP Mohon Maaf, Dengan Sultan Sembah Derhaka
Kedua-dua Sultan Johor dan Selangor berketurunan Bugis.
Sultan Sharafuddin turut bertitah, kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu turut kecewa dengan tindakan Dr Mahathir yang kembali aktif dalam politik.
Terbaharu, Sultan Kelantan, merangkap Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran dikurniakan kepada Dr Mahathir oleh Istana Kelantan pada 2002.
Anak Beranak Hina Istana marina mahathir
Kemurkaan kesemua keturunan diraja ini adalah rentetan daripada pembohongan berterusan Dr Mahathir menuduh Najib mencuri USD690 juta (RM2.6 bilion) wang 1MDB walaupun berkali-kali dijelaskan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada keturunan diraja Arab Saudi yang sebahagian besarnya sudah dipulangkan pasca PRU13 lalu.
Kata Zakir, ianya turut diakui oleh veteran DAP yang menyertai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat kecurangan 1MDB, Dr Tang Seng Giaw dengan berkata, keputusan membuat pinjaman sehingga RM42 bilion merupakan bukan keputusan Najib.
“Lembaga Penasihat (yang disertai Najib) mengikut artikel 117, setelah disiasat, Perdana Menteri tidak terlibat dalam urusan (keputusan 1MDB). Mereka yang membuat keputusan adalah lembaga pengarah dan pengurusan. Merekalah yang membuat keputusan berkenaan.”
Menyebut pula siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung 1MDB kira-kira 18 bulan lalu, Zakir berkata, siasatan diketuai oleh Peguam Negara Loretta Lynch masih tergantung sehingga hari ini.
Tegasnya, genap setahun siasatan tersebut dijalankan, Loretta turut mengumumkan akan mengambil tindakan, namun tiada seorang pun individu atau firma di Malaysia atau luar negara dikenakan tindakan – membuktikan tuduhan berkaitan 1MDB hanyalah satu pembohongan semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...