Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 17 April 2018

Info Agama : Kepentingan membaca Al-Quran

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh

Kepentingan membaca Al-Quran. 

Ketika seorang muslim itu meninggal dunia, bagi mereka yang suka membaca Al-Quran.. maka Al-Quran itu akan datang dan berada di kedudukan di antara jasadnya dengan kain kafannya. Dan, di dalam kubur nanti, ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir datang untuk menyoal si mati itu tadi, maka Al-Quran akan datang dan berada di antara ruh yang sedang duduk itu dan malaikat yang akan menyoal.

Lalu berkata para malaikat, "Ketepi kau dari situ, kami datang untuk menyoal ruh ini, jangan kau menghalang pandangan kami". Lalu berkata Al-Quran kepada para malaikat "Manusia ini ketika hayatnya selalu bersamaku, aku akan perlihara dia dari kesusahan kubur".

Al-Quran itu akan berpaling kepada ruh itu tadi, dan berkata kepadanya : "Ketika di dunia, kau selalu membacaku, setiap malam dan siang kau mengalun suara dengan ayat-ayatku, kau mencintaiku tak kenal waktu, maka dengan itu aku jadikan kau kekasihku kini, dan orang yang aku cintai akan pula sangat dicintai oleh Allah SWT. Bertahanlah dikau, jangan kau gentar, aku akan membelamu !"

Lalu Al-Quran kembali memandang malaikat lalu berkata : "Jalankan apa yg diperintahkan padamu ke atas ruh ini, akan tetapi aku bersaksi atas pemilik Kaabah dan Pencipta Teragung bahawa aku akan menyelamatkannya dari segala kesusahan yang mungkin mendatanginya dan akan menemankannya masuk ke dalam Syurga !"

MasyaAllah ! 

Bacalah Al-Quran walau hanya satu huruf kerana ia adalah teman kita di alam barzakh.

Allahuakbar.
(Sumber : IKIM)

Selamat Beramal

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...