Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 18 April 2018

Info Agama : Rasulullah s.a.w. Suka Amal Diangkat Ketika Berpuasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

☆Mimbar pagi☆

Rasulullah SAW Suka Amal Diangkat Ketika Berpuasa

Usamah bin Zaid bertanya; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban?" Baginda bersabda: 

"Itulah bulan yang manusia lalai darinya; ia bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang disana berisikan berbagai amal untuk dibawa naik kepada Rabb semesta alam, aku suka amalku diangkat ketika aku sedang berpuasa."

(HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan

Keterangan:

1.  Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.

2.  Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal.

3.  Rasulullah SAW menyarankan agar diperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain.

4.  Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.

5.  Rasulullah SAW memperbanyakkan amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana ia suka amalnya diangkat ketika baginda sedang berpuasa.

6.  Abu Bakr Al Balkhi berkata:

شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ  وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ

Bulan Rajab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.

Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban ini. Jadikanlah bulan untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...