Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 29 April 2018

Jodoh : Kisah ‘Sweet’ Bagaimana Minah Rempit Dipikat Gurunya

miza-1
Oleh Ida Latif, June 19, 2015, 1:54 PM
Nota Editor: Kisah sweet bagaimana wanita ini akhirnya berkahwin dengan cikgu beliau telah dikongsikan di Facebook Puan Nurramizah Fadzil. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari beliau.
miza-2
Ikut kalendar Islam setahun yang lepas, sehari sebelum puasa Mija dipropose.
Masa ni tak kenal sangat pon lelaki tu. Kenal sebagai cikgu yang mengajar website tu je laa. Hehe.

Jadi sehari sebelum puasa memang lelaki tu ada nyatakan hajat. But time tu denmemang malas dah nak dengar janji-janji manis lelaki ni. Suka dicapati. Hahaha.
Mija atas motor dengan helmetnye tak bukak. Lelaki tu pulak keluar dari kereta. Lepas bas lalu je dia buat ayat nak jadikan isteri. Kahkahkah.
Perasaan time ni? Nak tergelak den nasib baik ade helmet tu cover.
Seminggu puasa lelaki tu terus jumpa mak dan ayah. Sempoi je terus decide untuk next step.
Apabila mak ayah setuju den setuju je.
Sebab kami kenal sebulan je lepas tu lelaki tu decide berterus terang dan jumpa mak ayah. Bagi Mija pulak, takyah laa cakap dengan Mija ‘boleh ke tak nak jadi suami ke apa ke and bla bla‘. Kalau betul nak jumpa terus la mak ayah Mija mintak kebenaran.
Once you dah berjanji dengan orang tua, you berani ke nak capati?
Melainkan dengan izin Allah jua.
miza-3
Kadang-kadang kita cari jalan keluar tapi tak juga jumpa-jumpa. Ikut kata hati selalu binasa tapi disebalik tu Dia dah plan yang terbaik untuk kita. “Bila kita melakukan perkara yang tidak pernah kita lakukan, kita kena mula terima apa yang kita tak pernah terima…”
Dan time ni bila dah ada perjanjian antara lelaki dan perempuan ni kira dah bertunang la tu. 5 Syawal pulak keluarga lelaki tu datang rumah.
Dan Alhamdulillah 13 Desember 2014 sah kami diijabkabulkan.
Lelaki itu adalah Wan Syafiq Wan Zahidi ( lepakshow.com ) dan sekarang Mija dah ada website sendiri iaitu Hasyanaurah.com. Dulu nak belajar website memang nak serius berbisnes la tapi tak sangka lak jodoh dapat cikgu website sekali. Hahaha.
miza-4
Masa sebelum dan masa tunang pon kalau ada keluar mesti keluar sekali dengan adik ipaq belakang tu. Dengan ucapan ‘omey tak saya’ hahahaks!
Well, ikut kisah masa kerja mana ada pakwe sampai manager cakap ‘ko ni Miza less eh‘. Choiii sungguh bos ku itu. Yelah kerja customer service ada je customer dok ngusik sana sini. Tapi aku tegar muka ketat. Kahkah!
Once dah berhenti kerja sebab penat kerja 12 jam so decide untuk berhenti kerja. Dan dari situ bermula lah kehidupanku sebagai penganggur. Ahaks.
Dalam dok menganggur tu memang ada buat bisnes sikit-sikit dan bila ada seminar pasal ‘aku terima nikahnya’ ke apa ke Miza seronok untuk belajar. Selalunya redah gi sorang je. Redah hujan panas dengan kuda kaki dua ku memang dah biasaa. Heee.
Dari situ mungkin Allah nampak usaha ku. Usaha untuk mencari seorang imam yang mampu terimaku seadanya bukan senang oittt.
Didatangkannya ‘try & error’ banyak kali. Ada yang mak tanya bagi pihak kawannya pon aku jawab krik krik jee. Haha!
Bukan mudah tapi percayalah Allah nak beri yang lebih baik lagi setelah beberapa kali aku ‘frust‘ sebenarnya. Muka kena ada kasi senyum banyak-banyak jangan dok menangis menatap lama-lama ok. Hehe.
Percayalah buat kawan-kawan yang masih mencari, kadang kita bukan kena tunggu jodoh datang dengan sendiri, tapi cuba juga untuk menjemput jodoh tu hadir dalam kehidupan kita. Contohnya persiapan kita untuk menjadi isteri dan ibu kepada bakal anak-anak kita, dekatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan. Dr Muhaya pesan keluar rumah jangan lupa niatkan juga untuk ‘berjumpa dengan jodoh’. Cuba ok dan cari ilmu lagi pasal ni.
Bayangkan penantianku 2013 akhirnya ternoktah bila disatukan pada penghujung tahun 2014. Bertunang bukan tiket confirm dari Allah lagi. Tapi sebagai satu langkah persediaan untuk mengenali latar belakang bakal suami.
Moga Allah panjangkan jodoh kami di dunia dan akhirat sana. Dan doakan kami dipermudahkan urusan untuk menjaga dan mendidik anak yang bakal lahir tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...