Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 April 2018

kapital.my : BISNES PERLUMBAAN E-WALLET DI MALAYSIA (e-wallet)



  • E-wallet Semakin Mendapat Perhatian di Seluruh Dunia
  • Terdapat 11 Pemain Industri setakat ini di Malaysia

Penggunaan E-wallet yang semakin meningkat. Gambar Nationlk, 2016

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bercakap tentang cashless society. Masa itu bukan main lagi orang buat lawak sebab ingat maksudnya ‘masyarakat tiada duit’.
Tapi lama kelamaan orang mula faham bahawa yang dimaksudkan adalah penggunaan tunai yang semakin kurang dan digantikan dengan wang maya dan e-wallet (dompet maya).
Tapi apa benda e-wallet yang sedang diperkatakan seluruh dunia sekarang?
Secara asasnya, e-wallet merupakan medium dompet elektronik yang mampu menawarkan transaksi e-money dan fungsi-fungsi yang lain. Tetapi ada juga yang keliru antara e-money dan e-wallet.
Menurut sebuah syarikat e-wallet dan e-money daripada Digi iaitu VCash, e-money dan e-wallet memang berbeza. E-money harus mempunyai lesen pengesahan yang disahkan oleh Bank Negara Malaysia.

Touch’n’Go juga merupakan salah satu daripada contoh e-wallet. Gambar OfficeParrots, 2018

Antara contoh e-money adalah Boost daripada Axiata, Touch&Go dan juga Vcash.  
Sementara itu, e-wallet pula merupakan sebuah dompet elektronik yang disimpan dalam bentuk aplikasi di telefon yang mampu merekodkan aktiviti transaksi. Bayaran boleh melalui e-money, kad debit atau kredit.
Untuk membuat transaksi bayaran pula, pengguna hanya perlu mengimbas (scan) di kod Quick Response (QR) atau sentuhan  di mesin bayaran kad Paywave di kaunter.
Contoh e-wallet pula ialah Vcash, Boost, Maybank Pay, Samsung Pay, Apple Pay dan GrabPay.

Situasi di Amerika Syarikat, China

Di China, penggunaan e-wallet ini cukup meluas. Ada di mana-mana. Setakat tahun 2016, China merekodkan transaksi melalui mobile ini berjumlah US$9 trilion. Amerika Syarikat pun sekitar US$112 bilion sahaja.
Tapi kemampuan China mendahului Amerika Syarikat pula kerana negara Tembok Besar itu mempunyai pengguna telefon mudah alih yang terbanyak di dunia.
Antara aplikasi yang menyumbang kepada kerancakan ini adalah daripada servis telefon mudah alih seperti WeChat Pay (Tencent) dan Alipay (Alibaba).
Dua aplikasi ini pula masing-masing mempunyai rencana yang lebih besar selepas ini iaitu untuk menyediakan produk dan servis kewangan seperti servis pinjaman wang, pengurusan kewangan dan sebagainya.
Dilaporkan masing-masing sudah memulakan kerjasama dan membeli pegangan syarikat teknologi kewangan (fintech) tempatan. Mudah kata, agenda itu adalah mengambil alih peranan bank tradisional.  
Di Amerika Syarikat, melalui tinjauan Master Card pula mendapati e-wallet selalu menjadi inti perbualan kira-kira 75 peratus dalam kalangan pengguna sosial apabila menyentuh medium transaksi.
Namun, tinjauan itu turut mendapati penggunaan e- wallet pada tahun 2016 sekadar mencatat sebanyak US$75 bilion iaitu merangkumi hanya 1 peratus daripada jumlah jualan runcit.  
Satu lagi laporan oleh Economic Times pula mendedahkan tentang prestasi lembab e-wallet di Amerika Syarikat pada 2017. Tetapi pada awal tahun ini, keadaan mula berubah drastik apabila meningkat sebanyak 14 peratus.
Forbes, dalam satu laporannya memberitahu, beberapa syarikat besar kad kredit seperti Cash Wise (Well Fargo) dan Altitude Reserve Card (Bank Amerika Syarikat), mula bersaing menyediakan ganjaran bonus kepada pengguna yang menggunakan kad mereka sebagai bayaran dalam digital wallet.  

Siapa Pemain Pasaran? Apa Daya Tarikan?

Pasaran e-wallet ini memang besar seluruh dunia. Di Asia sahaja pun sudah cukup rancak berlaku persaingan e-wallet di sini walaupun Alipay daripada Alibaba dikatakan antara yang menguasai pasaran Asia dan Asia Tenggara.
Tidak cukup itu, dilaporkan Alipay berhasrat untuk bekerjasama dengan Paytm iaitu syarikat gergasi e-wallet di India untuk teroka dan luaskan pasaran di sana.

Alipay dan WeChatPay. Gambar JingTravel, 2017

Tetapi Alipay belum boleh selesa sebab WeChat Pay daripada Tencent juga dijangka akan bersaing hebat dengan Alipay di rantau Asia.
Selain itu, Apple Pay melebarkan lagi penguasaan pasaran dengan memudahkan pengguna Apple meunggunakan transasksi aplikasi tersebut dalam produk elektronik mereka di seluruh dunia. Samsung Pay dan Google Pay juga sedang meluaskan pasaran mereka di seantero dunia.
Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa e-wallet cukup popular sekarang ini, apa sangat kelebihannya sampai satu dunia tengah bergerak ke arah penggunaannya?
Jadi inilah senarai kelebihan dan manfaat ‘e-wallet’:
  1. Mudah dibawa. Hanya perlu bawa kad digital sahaja di dalam e-wallet untuk sebarang transaksi.
  2. Ringan.
  3. Semuanya ada dalam aplikasi telefon.
  4. Cepat transaksi. Jimat masa.
  5. Tahap keselamatan terjamin melalui no pin dan pengesahan lain.
  6. Setiap transaksi direkodkan.  
  7. Menyimpan pelbagai syarikat pembayaran e-money dan kad debit atau kredit.
  8. Boleh transfer ke e-wallet lain dengan pantas.

Potensi di Malaysia

Sebagai negara yang semakin rancak pembangunannya, persaingan e-wallet juga semakin dirasai.
Buktinya, baru-baru ini Touch&Go (T&G) ada umumkan untuk bekerjasama dengan Ant Financial iaitu anak syarikat Alibaba bagi mewujudkan aplikasi e-wallet dalam pasaran Malaysia.
Dengan kelebihan 10 juta pengguna kad yang dimilikinya, tidak susah untuk T&G membuka pasaran baharu itu kerana pengguna juga boleh menyimpan wang di dalamnya (e-money).
Sebelum ini pun beberapa institusi lain sudah lama keluarkan e-wallet.
Banyak juga kalau nak disenaraikan seperti Vcash daripada syarikat kerjasama Telekomunikasi Digi dan Valyou Sdn Bhd,  CIMB Pay, Alipay, Visa Checkout, Masterpass, Samsung Pay, Maybank Pay, Boost daripada Axiata.
Tapi syarikat yang menjadi perintis keluarkan e-wallet ialah Maybank apabila melancarkan Maybank Pay pada Ogos 2016 dengan tema “fast, easy and safe to use“.  
MOL Access Portal Sdn Bhd iaitu anak milik syarikat MOL Global Inc juga pada awal tahun ini melancarkan e-wallet One2pay. Sekarang e-wallet itu boleh digunakan di mana-mana kedai 7Eleven.
Syarikat e-hailing kenderaan, Grab juga telah melancarkan GrabPay pada awal tahun ini.  
Dilaporkan, XOX Bhd juga akan keluarkan ‘e-wallet’ melalui satu kerjasama dengan Mastercard Inc pada tahun ini.
Sebab inovasi ini masih baharu di Malaysia, sudah tentu penggunaannya belum serancak di China tetapi penganalisis melihat potensinya amat di luas di sini.
Setakat ini pesaing utama e-wallet masih kad debit dan kredit. Tetapi berdasarkan kepada servis dan respon pengguna yang semakin postif. Sudah tentu ia juga mampu mendominasi gaya kepenggunaan pada masa depan.

Pemain e-wallet di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, e-wallet tidaklah terlalu ketinggalan. Boleh nampak hangat juga persaingan iaitu kira-kira terdapat 11 pemain penting ketika ini.

9 pemain e-wallet di Malaysia

Di antara semua pemain ini, nampaknya hanya Maybank dan CIMB sahaja yang berlatar belakang institusi perbankan menyertai.
Nampaknya dalam pertempuran ini, kita sebagai pengguna tidak boleh menonton sahaja. Perlu juga sedikit sebanyak mula mengikut isu-isu penting ini.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...