Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 24 April 2018

Politik : CIMB Research: Kemenangan BN Dilihat Positif Kepada Pasaran Saham

CIMB Research: Kemenangan BN Dilihat Positif Kepada Pasaran Saham
Pelabur pasaran saham menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) dengan selesa, kata CIMB Research.
Firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikannya hari ini berkata, potensi kemenangan BN itu akan dilihat secara positif oleh pasaran.
bn Najib Akan Menang PRU14, Rampas Semula Majoriti Dua Pertiga - Merdeka Center
“BN pada masa ini mempunyai 133 daripada 222 kerusi di Parlimen. Kami melihat jangkaan kemenangan BN sebagai neutral atau positif kepada pasaran.
“Prestasi pasaran saham pasca pilihan raya, akan bergantung kepada darjah tekanan jualan semasa tempoh berkempen dan keputusan undian,” katanya.
CIMB Research menjangkakan Bursa Malaysia akan kekal dalam persekitaran ‘turun naik’ semasa tempoh berkempen, terutama dengan ketegangan yang berlaku daripada perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Selain itu, ia menjangkakan sektor yang berpotensi meraih keuntungan tinggi daripada manifesto PRU14 BN yang diumumkan termasuklah pengguna dan pembinaan.
Aku janji manifesto BN, antara lain menyentuh keperluan ekonomi rakyat termasuklah isi rumah berpendapatan rendah, peneroka FELDA, wanita dan warga emas.
Antara aku janji termasuklah tambahan kepada pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun, kemungkinan semakan semula cukai pendapatan peribadi dan korporat, memperluaskan bantuan perumahan mampu milik, insentif khas dan dana kepada peneroka FELDA, subsidi pas pengangkutan awam, jalur lebar serta perkhidmatan dan barangan pengguna.
BR1M akan diperkenalkan kepada pendapatan isi rumah antara RM4,000 hingga RM5,000, yang akan menerima sejumlah RM700 dalam dua bayaran pada Jun dan Ogos.
Sementara itu, pembayaran BR1M berganda akan dibayar pada Jun dan Ogos kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan dan individu bujang berpendapatan RM2,000 sebulan.
BR1M Adalah Ilham Bank Negara Malaysia
Bayaran tambahan BR1M berjumlah sekurang-kurangnya RM3.71 bilion atau 0.25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2018, sebagai tambahan kepada kenaikan gaji kakitangan awam berjumlah RM1.46 bilion diumumkan sebelum itu, yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Komitmen perbelanjaan baharu itu, bagaimanapun menyebabkan defisit bajet dijangka tidak berubah daripada sasaran 2.8 peratus KDNK, di sebalik harga minyak dan pertumbuhan KDNK lebih tinggi.
Sumber: NST

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...