Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 29 April 2018

Politik : Jurutera Dedah Isu Tayar Jet Pancit Konon Disabotaj

Jurutera Dedah Isu Tayar Jet Pancit Konon Disabotaj
Sudut Mari Belajar Tentang Tayar Kapal Terbang.
Tahukah Anda? Tayar pesawat tidak sama seperti tayar Proton. Pesawat Airbus A340 yang saya pernah terbangkan ke London mengandungi 12 tayar yang menghempak landasan pada kelajuan 250 km/j. Namun tayar tersebut tidak pernah pancit atau meletup sebab setiap tayar tersebut mengandungi tekanan sehingga 200 psi (ataupun 7 kali tekanan tayar Proton).
Satu fakta yang menarik perihal tayar pesawat ialah setiap tayar direkabentuk untuk ‘terbabas’ dahulu sebelum bergolek. (Bukan seperti tayar Proton yang direkabentuk untuk mengelak daripada terbabas.) Semua pendaratan perlu bermula dengan tayar yang sengaja ‘dibabaskan’ dulu untuk menyamakan halaju sudut tayar dengan halaju linear pesawat tersebut sebelum awapecutan boleh berlaku.
Sebab ini, tayar pesawat tidak ada “bunga” seperti tayar kereta Proton. Kalau dibungakan, tayar pesawat akan pecah pada saat impak atas landasan. Tambahan pula, tayar pesawat tidak diisi dengan angin tetapi dengan gas nitrogen sebab nitrogen ialah gas nadir yang tidak mungkin terbakar seperti tayar kenderaan jalan.
Inilah sebabnya kenapa tayar pesawat tidak ada injap yang boleh sengaja dipicit untuk membocorkan gas nitrogen tersebut. Yang ada cuma plag yang direkabentuk sebagai ‘fius’ untuk melindungi tayar dari suhu tinggi. (Kelajuan maksima tayar pesawat sekitar 360 km/j). Had kelajuan tayar ialah untuk seterusnya menghadkan momentum sudut tayar itu sendiri daripada mengakibatkan tayar pesawat mekar seperti bunga Rafflesia yang busuk.
Juga, brek karbon pesawat itu sendiri besar kemungkinan terbakar sekiranya suhu mencecah 700 Celsius. Untuk mengelakkan tayar daripada terbakar, semua pembuat tayar pesawat (Bridgestone, Michelin dan Goodyear) terpaksa masukkan fius tersebut di dalam tayar (bukan di luar). Tujuannya ialah untuk melepaskan gas nitrogen sedikit untuk membolehkan pergerakkan tayar dengan selamat pada kelajuan maksima 12-15 km/h sehingga selamat tiba.
Kesimpulan: Tiada sesiapa yang selamba boleh memicit tayar pesawat untuk memancit!

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...