Tun Mahathir menulis lagi kononnya zaman beliau negara telah mencapai tahap Harimau Ekonomi Asia.
Beliau mungkin ingat pembohongan yang berulang kali akan menyebabkan orang percaya seperti mana kata ketua propaganda Nazi Joseph Goebbels, “A lie told once remains a lie but a lie told a thousand times becomes the truth.”
Saya pun ulang semula tulisan tahun lalu supaya Tun tidak mudah lupa dan rakyat tidak mudah ditipu.
Hanya empat buah negara yang pernah dianggap sebagai Harimau Ekonomi Asia iaitu, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pasti mengalami masalah ingatan yang sangat serius apabila mendakwa Malaysia telah hilang status sebagai “Harimau Asia” berikutan prestasi ekonomi yang mengagumkan suatu masa dahulu.
Tulis Mahathir, “Pada suatu masa dahulu Malaysia telah dipanggil Harimau Asia. Hari ini Malaysia tidak lebih seperti seekor kucing.”
Persoalan untuk Mahathir, sejak bila pula Malaysia pernah dimasukkan dalam kelompok Harimau Ekonomi Asia? Hanya empat buah negara yang pernah dianggap sebagai Harimau Ekonomi Asia iaitu, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura.
Keempat-empat negara ini dianggap Harimau Ekonomi Asia pada 1990-an kerana pertumbuhan ekonomi yang konsisten sebanyak 7% setahun dari 1960-an-1990-an (Lihat Laporan IMF: Growth in East Asia: What We Can and What We Cannot Infer 1996).
Mahathir mungkin keliru dengan gelaran Tiger Cub Economies (Ekonomi Anak Harimau) dengan Tiger CLUB Economies (Kelab Harimau Ekonomi Asia)? Tiger CUB Economies merujuk kepada empat buah negara Asia Tenggara iaitu, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Ya, Malaysia pernah dianggap sebagai Harimau Muda Ekonomi Asia (bukan Harimau) bersama negara Asia Tenggara lain berikutan pencapaian pertumbuhan ekonomi kita yang seiring dengan empat harimau Asia dari segi model ekonomi tetapi dalam skala kecil.
Mahathir juga mungkin lupa bahawa lama sebelum beliau meletak jawatan, Malaysia sudah bertukar rupa dari “Anak Harimau” kepada kucing berikutan krisis ekonomi 1997 berlarutan sehingga 2001.
Enam tahun setelah krisis kewangan 1997 (2003), majalah terkemuka Time menganggap empat negara “Tiger Cub Economies” sudah menjadi “kitten” dan penganalisanya ragu-ragu sama ada empat negara ini mampu bangkit semula.
Jika Mahathir lupa, kita ingin ingatkan bahawa ketika beliau bersara Malaysia bukan lagi “Harimau Muda” tetapi sekadar kucing liar yang menunggu masa untuk disembelihkan dengan kadar inflasi yang tinggi dan ekonomi yang tidak kompetitif. Kadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara juga turut merosot ketika itu.
Hari ini semua indikator ekonomi dunia menunjukkan negara telah mencapai kemajuan berkali ganda lebih baik berbanding semasa zaman akhir pemerintahan Tun Mahathir.
Malaysia hari ini sedang melangkah kembali ke dalam peta ekonomi dunia dan mungkin sekali lagi boleh dianggap sebagai “Rejuvenation” (kemunculan semula) Harimau Muda Ekonomi Asia.
Syabas Najib Razak dan Kerajaan Malaysia. Di sebalik serangan politik dalam dan luar negara, serta kemelesetan ekonomi dunia, kita masih mampu menguruskan ekonomi dengan baik tanpa menjejaskan rakyat dengan teruk seperti yang berlaku pada 1985-86, 1997-98, 2001-2002 dan 2009.
Sumber: MYKMU
No comments:
Post a Comment