Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 17 April 2018

Politik : Mudah Kerja SPR, Selepas Kira Undi Terus Isytihar Pemenang

Mudah Kerja SPR, Selepas Kira Undi Terus Isytihar Pemenang
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, “Dahulu (semasa PRU-13) mereka itu kata ada 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk sebagai pengundi hantu untuk menangkan parti kerajaan, tapi lepas pilihan raya, tiada seorang pun yang muncul membuat aduan atau dakwaan itu. Dan akhirnya SPR jugalah yang waktu isu itu muncul, dipersalahkan, jadi mangsa.”
Mohd Hashim berkongsi mengenai bahaya sentimen persepsi oleh ‘pihak di sana’ terhadap SPR. Ini sehingga ada ketikanya ‘tidak terpancar’ fungsi, tanggungjawab dan kerja keras yang digalas oleh pegawai dan kakitangan SPR selama ini.
Berikut adalah ringkasan per­kongsian huraian Mohd Hashim:
1. Peranan wakil/ejen calon/parti.
Kalau di Kazakhstan dan Uzbekistan, proses mengira undi pilihan raya mereka sangat mudah. Selepas kira, terus isytihar pemenang. Sedangkan di negara ini, SPR ada prosedurnya. Kami akan minta wakil/ejen setiap calon parti bertanding berada di saluran mengundi untuk melancarkan urusan pengundian dan pengiraan undi. Kita angkat dan tunjukkan setiap kertas undi yang diundi oleh pengundi, laungkan kepada ejen.
Kalau 1,000 kertas undi, 1,000 lah yang diangkat dan ditunjukkan kepada ejen. Setiap ejen calon atau parti jadi saksi mata setiap proses yang berlaku dalam bilik tempat mengundi.
blackout Pakatan Cuba Cipta Alasan Awal Mengapa Mereka Akan Kalah Teruk PRU14
2. Blackout semasa pengiraan undi?
Sila sebutkan mana tempat yang blackout itu, lampu di tanggakah? Lampu di dewan penjumlahan undikah atau lampu tandas? Sehingga hari ini tiada laporan diterima SPR berkaitan dakwaan blackout yang diuar-uarkan. Ia hanya diviralkan di media sosial untuk tujuan menimbulkan kegusaran rakyat. Malah kes sebelum ini kita hanya mendapati gambar blackout itu telah diedit.
3. ‘Trauma’ kotak undi?
Ada macam-macam cerita didengari tentang hal ‘kotak undi’ ini sehinggakan ada penyokong parti tertentu mahu bermalam dengan kotak undi di balai polis. Tak kisahlah kata mereka kalau nak bermalam dalam lokap pun. Kalau begitu, bermalamlah. Tapi kena ikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak polislah. Tak boleh­lah pakai baju biasa. Kalau pakaian lokap disediakan itu warna ungu, pakailah. Makan pun ikut ‘makan cara tahanan lokaplah’.
Di satu negeri contohnya, ada kotak undi yang dipasangkan jaket keselamatan ketika dibawa melalui jalan sungai untuk menjaga keselamatan peti undi itu. Ini menunjukkan SPR begitu mengambil berat soal keselamatan peti undi itu kerana ia satu perkara yang sangat sensitif bagi pengundi di Malaysia. Bahkan, pembawa peti undi sendiri pun sanggup tak pakai jaket keselamatan demi memastikan peti undi itu selamat walaupun diri sendiri terpaksa berhadapan risiko.
Apa pun, jangan risau tentang isu kotak undi ini kerana Borang 13 telah digunakan oleh Ketua Tempat Mengundi untuk mengisi maklumat bilangan kertas undi yang diterima dan digunakan sebagai penyata sebelum proses pengiraan bermula.
Demikian juga Borang 14 digunakan oleh Ketua Tempat Mengundi mengisi maklumat bilangan undi yang diterima oleh setiap calon selepas proses pengiraan undi. Salinan borang diberikan kepada ejen pengiraan undi (dilantik oleh calon) yang hadir semasa proses pengundian.
4. Ambil tahulah pengorbanan SPR.
Antaranya, masih ingat tak lagi dengan nahas helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk seorang Timbalan Menteri dan seorang Ahli Parlimen di Batang Lupar, berhampiran Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016, sehari sebelum pilihan raya ne­geri itu pada 7 Mei.
Laporan akhir punca nahas mendapati helikopter itu memasuki kawasan ribut dan ketika kejadian, laporan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi juga menunjukkan kawasan kemala­ngan itu kawasan hujan lebat.
Laluan ribut yang sama jugalah membawa helikopter-helikopter mengisi para petugas SPR untuk menjalankan urusan pilihan raya Sarawak waktu itu.
Itu belum lagi melibatkan kawasan-kawasan pedalaman/ter­pencil yang cuma ada seorang dua pengundi. Urusan pengundian itu tetap juga dijalankan oleh petugas kami yang ke sana dengan helikopter atau bot.
Bantah Persempadanan Semula: Publisiti Murahan DAP & Mahathir Raih Perhatian Media Asing
5. Persempadanan untungkan parti tertentu?
Kemenangan bergantung kepada kebijaksanaan parti bertanding menawan hati pe­ngundi. Itu sahaja ubatnya. Berbaktilah kepada rakyat. Turun ke bawah sampai ke sudah. Ini bila dekat pilihan raya, baru muncul bayang dan kelibatnya. Kalau begini, macam mana nak raih undi. Hati pengundi sentiasa berubah-ubah mengikut persekitaran politik semasa.
Dulu setiap parti mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak berpecah-belah tapi kini banyak parti telah wujud akibat perpecahan dan pemimpin serta penyokong parti juga telah turut bertukar arah perjuangan. Jadi, persempadanan bukanlah faktor utama yang menyebabkan kalah menang seseorang calon atau parti yang bertanding.
ab rashid mahathir Siapa 'Bos Penipu Rakyat' Yang Bekas Pengerusi SPR Maksudkan?
Respon Mohd Hashim apabila ditanya mengenai tindak tanduk memburukkan SPR oleh ‘si polan itu’ (Naib Presiden PPBM) yang suatu ketika berada dalam badan berkenaan, kata beliau:
“Macam kahwin isteri nombor dua. Kamu puja yang baharu, isteri tua kamu kutuk, hentam dia sedangkan dengan isteri pertama itulah kamu hadapi susah senang, kamu ada anak bersamanya, melayari alam rumahtangga, cari rezeki bersama dan menikmati kebahagiaan di situ.”

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...