ROUTE MAP MAHATHIR UNTUK KEMBALI BERKUASA
Mahathir, individu paling licik dalam sejarah politik Malaysia. Dia boleh bertukar jadi kawan atau musuh jika dia berbeza pendapat dan kepentingan dengan orang sekelilingnya pada bila-bila masa.
Perjalanan politik Mahathir sangat panjang dengan pelbagai insiden perbalahan dengan pemimpin utama Umno.
Beliau pernah bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman (bapa kemerdekaan), bergaduh dengan Musa Hitam (mantan TPM), bergaduh dengan Ghafar Baba (mantan TPM), bergaduh dengan Anwar (mantan TPM juga), bergaduh dengan Pak Lah(PM) dan bergaduh dengan Najib (PM lagi).
Kalau dengan pembangkang, semua dia pernah gaduh.... Lim Kit Siang, Mat Sabu, Lim Guan Eng dan lain-lain. Malah dia pernah penjarakan mereka guna akta ISA dan Akta Hasutan ketika beliau berkuasa.
Namun, beliau sekali lagi mengubah landskap politik Negara dengan menyertai pembangkang selaku calon PM. Mahathir bergaduh dengan Najib sebelum isu 1MDB muncul. Ketika itu Najib sudah menguasai projek-projek kerajaan dan menumbangkan anak kesayangannya Mukhriz yang jadi MB kedah. Jadi beliau perlu plan baruy untuk kembali berkuasa.
Mahathir bukan bodoh. Tapi pemimpin pembangkang la yang berjaya diperbodohkan. Beliau belajar dari pengalaman Anwar yang disambut meriah oleh pembangkang selepas disingkir dari Umno. Segala dosa Anwar ketika bersama Umno-BN disucikan dan Dengan pantas Anwar menjadi pemimpin utama pembangkang dan menjadi calon PM. Itulah yang berlaku sekarang walaupun semua orang tahu dosa Mahathir beratus kali ganda dari Anwar.
Mahathir nampaknya telah memulakan plannya dengan membiarkan Najib penjarakan Anwar guna kes Saiful Bukhari. Dan selepas Anwar dipenjarakan, barulah muncul kes 1MDB.
Kes ini memang senjata utama Mahathir serang Najib. Mahathir mainkan isu Najib mencuri wang rakyat. Najib terperangkap dalam tindak tanduknya sendiri yang tidak berhati-hati dengan orang Mahathir dalam Kerajaan yang memberikan banyak maklumat.
Kalau dengar dan baca statement dia pun, Mahathir akan mainkan 3 isu sahaja untuk serangan Najib iaitu isu penyelewengan 1MDB, pengaruh pelaburan China dan kejatuhan nilai Mata wang.
Manakala isu GST, Konsesi Tol, Undang-undang drakonian zaman beliau seperti Akta ISA dan Akta Hasutan, PPSMI dan banyak lagi isu yang rakyat marah, beliau masih defend.
Malah serangannya lebih fokus pada Najib bukan pada Umno, bukan pada BN.
Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa orang-orang Mahathir masih ramai dalam Umno-BN dan menunggu peluang untuk topple up Najib.
Kenapa Mahathir pilih menyertai pembangkang? Beliau gagal merampas kuasa dari Najib dari dalam Umno seperti yang dia buat pada Pak Lah. Masa jatuhkan Pak Lah dia guna Najib, jadi Najib sudah taw plan Mahathir.
Pada PRU 2013, Pakatan Rakyat memenangi undi popular 50.87% berbanding BN 47.38%. Ini juga satu ancaman. Kalau pun berjaya gulingkan Najib dari dalam, belum tentu orang Mahathir yang ganti Najib boleh tewaskan Pakatan pembangkang dengan mudah. Walaupun PR berpecah tapi peluang untuk bergabung sentiasa Ada. Mahathir belajar dari PRU 2008. PAS dan DAP bergaduh tapi PKR mainkan peranan menyatukan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 yang mengukuhkan kedudukkan PR masa PRU 2013. So, Mahathir perlu memilih Mmenyertai team yang lebih kuat pada mata rakyat dengan kebencian ke atas Najib.
Walaupun PR berpecah sekali lagi, namun Mahathir melihatnya satu peluang. Apa lagi selepas DAP & PAN memainkan isu fitnah PAS mahu jadi tongkat Umno. Ketiadaan PAS dalam PH menjadi peluang terbaik beliau menguasai PH dengan mudah.
Beliau tubuh PPBM untuk tunjuk yang beliau ada follower yang ramai sebagai bargain chip ketika sertai Pembangkang. Sebab tu belum setahun beliau masuk Pakatan Harapan terus dilantik jadi Pengerusi dan kemudian calon PM. Beliau belajar dari Anwar yang tubuh PKR untuk duduk sebaris dalam majlis Presiden. Kalau Anwar pilih PAS dulu dia mungkin akan duduk paling tinggi pun sebagai Timbalan Presiden. Jadi buat parti sendiri untuk jump ke kerusi lebih tinggi dari Presiden parti iaitu Ketua pembangkang dan calon PM. Jadi Mahathir copy sahaja Anwar punya strategi.
Macam PKR juga, PPBM hingga ke hari ini tidak tahu berapa jumlah sebenar ahli mereka. Sebab mereka tidak peduli struktur dan keahlian parti peringkat bawah. Mereka fokus pada Majlis Tertinggi parti sahaja. Sebab itu PPBM tak serius menguruskan perjalanan parti mereka peringkat cawangan. Ada yang kata Mahathir tak cerdik macam Anwar sebab dengan ROS pun boleh tewas sampai PPBM digantung.
Sebenarnya Mahathir jauh bijak dari Anwar. Beliau sengaja membiarkan isu PPBM dan Ros berpanjangan hingga dekat PRU. Ingat Tak? Ros pernah hampir mengantung pendaftaran DAP sebelum PRU 2013 hinggakan DAP terpaksa bersedia guna lambang PAS untuk sertai PRU13. Tapi DAP usaha selesaikan. Walaupun dah setel sebelum PRU dan DAP boleh guna logo Roket tapi isu DAP disabotaj oleh BN melalui ROS berjaya tingkatkan sokongan pengundi. Inilah yang Mahathir sedang buat. Beliau biarkan isu laporan mesyuarat Agung PPBM tidak selesai supaya ROS boleh ambil tindakan atas PPBM. Dan selepas itu rakyat akan kata BN guna ROS sabotaj PPBM.
Mahathir tidak buang masa lama untuk mainkan isu Ros. Dengan pantas beliau mainkan isu dalam PH supaya PH pakai satu logo sahaja. Tapi intention Mahathir bukanlah logo PH, sebab tu penubuhan PH juga tidak diambil serius hingga Ros tidak boleh meluluskan pendaftaran PH macam BN. Mahathir sekali lagi gunakan peluang itu untuk attack BN melalui ROS.
Intention sebenar Mahathir adalah guna logo PKR untuk semua parti. Kenapa logo PKR? Pertama PKR adalah parti multiracial tidak macam DAP yang dikuasai oleh kaum cina. Kedua organisasi dan imej PKR lebih baik dari PAN. Ketiga PKR hadapi krisis kepimpinan selepas Anwar tiada.
Mahathir memang membiarkan PPBM bungkus sebab beliau sudah dapat seat pengerusi PH dan calon PM yang lebih selamat. Dan Mahathir melihat mengunakan logo PKR lebih mudah berbanding PPBM atau PH kerana nanti gambar kempen akan memaparkan poster Mahathir dan Anwar dibawah satu logo yang sama untuk wujud persepsi mantan PM & TPM yang berpengaruh kembali bergabung.
Akhirnya Mahathir berjaya guna PKR tanpa perlu jadi ahli dan paksa parti lain seperti DAP dan PAN turut sekali. DAP ragu-ragu dengan idea ini kerana sekiranya mereka menang di pulau pinang sekali lagi, maka negeri itu akan direkodkan sebagai negeri yang dimenangi okeh PKR. Begitu juga seat parlimen, semua akan ditulis Seat ahli Parlimen PKR. Tiada lagi nama DAP untuk 5 tahun akan datang dalam Parlimen atau DUN. Ini cara Mahathir bunuh imej DAP & PAN secara perlahan.
Dalam PKR ramai bekas-bekas ahli Umno. Mahathir akan gunakan peluang ini untuk kembalikan sokongan bekas ahli Umno dalam PKR kepada dirinya sekaligus melupakan sengketa lama dengan Anwar walaupun beliau masih tegas mendakwa Anwar peliwat.
Misi pertama Mahathir iaitu supaya pembangkang lupakan dosa-dosa beliau sudah berjaya. Tiada seorang pun pemimpin PH yang menyebut dosa-dosa lampaunya. Malah bila beliau respon tentang isu akta ISA beliau dengan angkuh kata tidak pernah salah guna akta itu dan cabar orang sekeliling dengan mengatakan beliau tidak pernah menangkap sesiapa guna akta itu. Walhal Mat Sabu disebelah kirinya pada ketika itu adalah contoh bekas tahan politik beliau. Semua hanya terdiam dan tidak menyahut. Jelaslah beliau sudah disucikan oleh PH.
Misi seterusnya adalah hapuskan imej parti-parti pembangkang dengan mainkan isu pas bergabung dengan Umno. Kemudian paksa DAP dan PAN buang logo masing-masing until PRU14. Dan yang ketiga kuasai PKR tanpa perlu jadi ahli.
Mahathir menunggu misi ketiga beliau adalah kembali kuasai Umno-BN. Beliau perlu pastikan keputusan PRU antara PH dan BN nanti adalah 50/50 dimana BN tak cukup kerusi untuk bentuk kerajaan. Beliau akan ulangi strategi 16 September Anwar yang gagal suatu ketika dahulu. Walaupun gagal idea itu releven kerana Mahathir hanya mahu tumbangkan Najib sahaja. BN mungkin bentuk kerajaan campuran dengan BN dengan syarat dia jadi PM. Kemudian barulah dia bunuh imej PKR, DAP dan PAN yang bakal dianggap sebagai pengkhianat rakyat. Pada ketika itu jika mereka pilih bermusuh dengan Mahathir, mereka rugi sebab rakyat pun kecewa dan tak percaya mereka lagi. Najib mungkin setuju serah kuasa dengan syarat Mahathir beri jaminan keselamatan macam mana Pak Lah terima dulu.
Akhirnya Mahathir berjaya sucikan dirinya dimata penyokong pembangkang, berjaya bunuh imej parti pembangkang yang menjadi musuh utama, berjaya tumbangkan Najib dan kembali kepangkuan BN. Seterusnya jadi hero satukan parti pembangkang dan BN. Dan paling penting beliau kembali jadi diktator sampai mati nanti kerana beliau sudah 2 Kali dikecewakan oleh pengantinya iaitu Pak Lah & Najib.
Inilah ringkasan route map Mahathir untuk kembali berkuasa:
1. Biarkan Najib penjarakan Anwar
2. Serang Najib untuk dapatkan perhatian pembangkang.
3. Keluar Umno tubuh PPBM dan sertai PH untuk penyucian imej dan dipuja oleh pemimpin dan penyokong PH.
4. Rampas kerusi Pengerusi Pakatan dan calon PM dari Anwar.
5. Membiarkan PPBM digantung dan pendaftaran PH tidak diluluskan oleh Ros supaya blh mendapat simpati rakyat.
6. Setelah PPBM digantung, kempen soladariti satu bendera dimainkan hingga memaksa DAP dan PAN mengenepikan bendera masing-masing until PRU 14.
7. Mempergunakan bendera PKR tanpa perlu jadi ahli untuk PRU14, sekaligus menengelamkan imej DAP dan PAN untuk 5 tahun akan datang.
8. Akan jadikan kemenangan PH sebagai bargain chip untuk paksa Najib undur dan gabungan pengikutnya dalam PH dan BN bagi bentuk kerajaan tanpa pembangkang.
PAS telah melihat skrip ini, sebab itu PAS muncul sebagai kumpulan ketiga supaya BN & PH tidak boleh bergabung tanpa kumpulan ketiga ini. Dan PAS akan memandu penyatuan dengan memastikan kerajaan diktator tidak wujud dan rakyat yang kecewa dengan PH masih ada harapan bersama PAS.
No comments:
Post a Comment