1MDB ini asalnya di tubuhkan sebagai syarikat pelaburan untuk negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, ianya di ambil alih oleh Kerajaan Pusat sebagai syarikat pelaburan strategik di dalam sektor penajaan kuasa dan hartanah.
Adalah perlu di ingatkan bahawa 1MDB hanya bermodalkan RM1.0 juta dari Kementerian Kewangan kerana DS Najib tidak mahu membebankan Perbendaharaan negara.
Cerita Pertama
Secara tersirat, 1MDB juga di tugaskan untuk mengambil-alih loji-loji janakuasa yang boleh di katakan di miliki oleh kroni-kroni Tun Mahathir. Adalah pengetahuan umum bahawa loji-loji ini memperolehi beberapa keistimewaan dari segi tarif yang lebih tinggi yang di bayar oleh Tenaga Nasional Bhd dan juga harga untuk bekalan gas yang lebih murah dari harga pasaran dari Petronas.
Loji-loji ini di beli dengan menggunakan dana pinjaman.
Ideanya adalah untuk mengumpulkan beberapa loji-loji janakuasa bukan sahaja di Malaysia tetapi di beberapa negara di bawah satu syarikat bernama Edra Energy.
Kemudian, syarikat ini akan di senaraikan di Bursa Malaysia dengan penjualan saham Edra yang akan memperolehi keuntungan sebanyak RM10bn-RM12bn.
Dengan aliran tunai ini, sebahagian besar dari hutang dari pinjaman asal akan di lansaikan.
Malangnya, penyenaraian Edra di sabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Ini saya tahu dari perbincangan saya dengan beberapa tokoh-tokoh korporat di Kuala Lumpur.
Maka, hutang-hutang tersebut tidak dapat di langsai seperti di jangkakan.
Seperti yang di harapkan oleh musuh-musuh DS Najib, di sinilah mulanya putik-putik
masalah 1MDB.
Kisah Kedua
Kerajaan mengambil keputusan untuk menjual dua keping tanah kepada 1MDB, tanah Tun Razak Exchange (TRX) dan tanah pengkalan udara Sg Besi.
Ini bermakna, pemilik akhirnya adalah juga Kerajaan Malaysia.
Ini berlainan dari cara tanah Kelab Lumba Kuda Selangor di ambil alih oleh Kerajaan, di jual kepada syarikat milik kroni Tun Mahathir, TS Ananda Krishnan dan kemudian sebahagian dari tanah tersebut di jual berkali ganda harganya pula kepada Petronas. Kenapa harus ada orang tengah dan kenapa tanah tersebut tidak di jual
kepada Petronas dengan harga yang di jual kepasa TS Ananda?
Ok, berbalik kepada dua tanah tersebut.
Model perniagaan (business model) TRX sama dengan model perniagaan KLCC.
Syarikat milik tanah tersebut (yakni di miliki 100% oleh 1MDB) menjadi master developer dan lot-lot di jual secara leasehold 99 tahun kepada syarikat-syarikat gergasi terkemuka seperti HSBC, Prudential Insurance dll.
Namun, sebagai master developer, 1MDB perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar juga untuk membina infrastruktur bagi tanah TRX tersebut.
Ingin saya maklumkan Bandar Malaysia, di mana pengkalan udara Sg Besi terletak juga akan di bangunkan sebagai kawasan pembangunan urban yang terbesar di negara ini.
Ianya akan menempatkan stesen terminal keretapi laju KL-Singapura dan juga stesen MRT. Punya hebat Bandar Malaysia ni nanti, ianya akan ada sistem monorel dalamannya tersendiri.
Sepertimana TRX, 1MDB terpaksa membelanjakan RM1.6bn untuk membina pengkalan udara Sendayan dan juga lima kem-kem TUDM dan dua kem
PFRM sebagai ganti dan perlu di ingatkan bahawa wang untuk membina kem-kem pengganti ni di keluarkan sebelum sesen duit dari pembangunan Bandar Malaysia mengalir masuk!
Pembangunan-pembangunan sebesar ini mengambil masa yang lama 10, 20, malah mungkin lebih, sejajar dengan pembangunan Lembah Kelang juga.
Jika di hebuhkan pinjaman 1MDB adalah tinggi mencecah asalnya RM42bn tetapi aset yang di beli, termasuk loji-loji janakuasa dan tanah TRX dan Bandar Malaysia adalah sekitar RM51bn.
Kerana tekanan dari media dan laungan hiruk-pikuk dari pembangkang, kerajaan mengambil keputusan untuk menjual Edra Energy kepada pembida yang tertinggi.
Kerajaan boleh berunding dengan peminjam-peminjam untuk nego pinjaman-pinjaman jangka pendek pada tahun 2016 tetapi desakan rakyat terlalu tinggi.
Maka, terjuallah Edra Energy.
Sebenarnya, wawasan DS Najib adalah jauh ke hadapan tetapi musuh-musuhnya mengambil kesempatan apabila mereka melihat terdapat satu “weak point” di dalam model perniagaan 1MDB - iaitu tidak keseimbangan di dalam aliran tunai masuk dan keluar.
Jika loji-loji janakuasa berjaya di senaraikan dan dengan pegangan saham 1MDB di dalam Edra Energy (yang akan memberi aliran tunai serta-merta dari jualan kuasa eletrik), 1MDB tidak akan meletop seperti yang terjadi dua tahun lalu.
Sungguhpun Encik Arul Kanda sekarang ada Arulkanda.com, saya ambil kesempatan untuk berceritakan kisah 1MDB secara mudah.
Encik Arul Kanda lebih tahu jawapan kepada soalan-soalan yang lebih terperinci dan saya syorkan saudara-saudari layarilah websitenya untuk mendapatkan jawapan-jawapan kepada mana-mana soalan terperinci jika ada.
No comments:
Post a Comment